
Ten Hag dedah sikap Ronaldo ketika bersama United
Only social or community posts, or a single source.
What happened
LONDON: Erik Ten Hag mendakwa Cristiano Ronaldo 'mengecewakan' pasukan Manchester United ketika di bawah kendaliannya. (Berita Harian, 18:22)
Read the reporting
1 report
Ten Hag dedah sikap Ronaldo ketika bersama United
LONDON: Erik Ten Hag mendakwa Cristiano Ronaldo 'mengecewakan' pasukan Manchester United ketika di bawah kendaliannya.
Pengurus dari Belanda itu mengambil alih Manchester United di Old Trafford pada 2022 ketika Ronaldo sedang melalui tempoh singkat kembali menyarung jersi kelab berkenaan.
Bagaimanapun, hubungan kedua-duanya menjadi semakin tegang sehingga legenda Portugal itu ditamatkan kontrak kurang separuh musim 2022/23 berlangsung.
Ten Hag yang dipecat United pada 2024, mendedahkan beberapa masalah yang berlaku antara mereka, selain mendakwa bekas bintang Real Madrid itu tidak melakukan kerja seperti yang diharapkan oleh pengurus dan rakan sepasukannya.
Ten Hag yang turut mendedahkan mengenai 'janji dimungkiri' menjelang pemecatannya daripada United, berkata kepada The Athletic: "Dia mengecewakan pasukan dan juga saya kerana kami merancang bersama dengannya.
"Saya terbang ke Portugal untuk bercakap dengannya mengenai hala tuju yang saya sasarkan sebelum menyertai United. Sudah tentu, dia antara pemain terbaik dalam sejarah bola sepak. Saya amat menghormatinya.
"Namun, ketika itu, sebagai pengurus, saya perlu membuat keputusan secara rasional dan mengekalkan pemain yang saya kagumi."
Walaupun Ten Hag menyedari betapa besar pengaruh pemain seperti Ronaldo, beliau berpendapat kepentingan memberikan komitmen sepenuhnya ketika latihan mungkin tidak difahami pemain berusia 41 tahun itu.
Beliau mendakwa Ronaldo 'meninggalkan sesi latihan' dan tidak berlatih dengan cukup bersungguh-sungguh, termasuk enggan melengkapkan satu daripada tiga pusingan larian yang diarahkan Ten Hag selepas United tewas 0-4 kepada Brentford sehari sebelumnya.
Ten Hag menjelaskan: "Saya berdepan dengannya mengenai perkara ini. Banyak kali saya berkata, 'Ronnie, semua orang mahu bekerja untuk memastikan anda berada pada kedudukan yang tepat, tetapi jika anda sendiri tidak mampu berada di dalam kotak penalti, anda tidak boleh menjaringkan gol'.
"Dia tidak mampu melakukannya. Salah jika dia menganggap saya mengharapkannya melakukan tekanan terhadap lawan sehingga keletihan. Hakikatnya, dia tidak mampu melakukannya.
"Dia tidak berlari ketika pasukan menguasai bola mahupun ketika tidak menguasainya. Puncanya adalah kerana dia tidak membuat persediaan yang sewajarnya."
Hubungan mereka mula bermasalah apabila Ten Hag mengkritik Ronaldo kerana meninggalkan perlawanan persahabatan pramusim menentang Rayo Vallecano ketika perlawanan masih berlangsung.
Ronaldo kemudian mengulangi tindakan itu dalam aksi Liga Perdana Inggeris menentang Tottenham Hotspur selepas enggan masuk sebagai pemain gantian.
Ten Hag menambah: "Setiap pasukan terbaik perlu meraikan kehadiran pemain bertaraf bintang, tetapi pemain itu juga perlu bekerja untuk pasukan.
"Dia memberitahu pemain lain, jangan gunakan terlalu banyak tenaga ketika latihan. Saya faham jika anda berada pada tahap kecergasan terbaik, anda boleh mengawal penggunaan tenaga ketika sesi latihan.
"Namun, pertama sekali anda perlu berlatih untuk mencapai tahap kecergasan yang betul."
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian18:22
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.