
Tengku Zafrul tabik bintang muda negara
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Tengku Zafrul tabik bintang muda negara (Google News Malaysia (BM), 20:28)
Read the reporting
1 report
Tengku Zafrul tabik bintang muda negara
sukan@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz memuji semangat juang pemain muda negara selepas mereka mara ke final Piala Suhandinata di Kaherah, Mesir, semalam.
Menerusi hantaran di media sosial, Tengku Zafrul berkata beliau tetap bangga dengan skuad remaja negara, sambil menegaskan kekalahan 1-2 kepada China tidak seharusnya menenggelamkan usaha dan pencapaian mereka pada Kejohanan Berpasukan Campuran Remaja Dunia.
"Nasib tidak menyebelahi kita. Tetapi saya tetap bangga dengan pemain muda kita!" katanya.
Mengimbas kembali pesanan kepada pasukan sebelum mereka berlepas ke Kaherah, Tengku Zafrul berkata beliau menggesa pemain memberikan yang terbaik, menikmati pengalaman beraksi di pentas dunia serta mengharumkan nama Jalur Gemilang.
"Dan mereka melakukan lebih daripada itu! Kita semua berharap mereka dapat membawa pulang kejuaraan. Tetapi saya tidak mahu satu kekalahan memadamkan segala usaha dan pencapaian mereka sepanjang kejohanan.
"Kepada skuad kita, jangan terlalu kecewa. Anda masih muda dan perjalanan anda masih panjang. Jadikan pengalaman ini sebagai motivasi untuk terus melangkah ke hadapan," katanya.
Tengku Zafrul turut mengucapkan tahniah kepada pemain dan barisan jurulatih kerana mengharumkan nama negara.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 3 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)20:28
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.