
Teroka sektor AI dan semikonduktor, PUNB bantu usahawan Bumiputera tembusi pasaran global
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kuala Lumpur : Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperluas ruang sokongan kewangan buat usahawan Bumiputera menerusi pengenalan tiga produk baharu di bawah skim Prosper Grow tahun ini. (Harian Metro, 21:23)
Read the reporting
1 report
Teroka sektor AI dan semikonduktor, PUNB bantu usahawan Bumiputera tembusi pasaran global
Kuala Lumpur : Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperluas ruang sokongan kewangan buat usahawan Bumiputera menerusi pengenalan tiga produk baharu di bawah skim Prosper Grow tahun ini.
Tiga produk berkenaan iaitu Prosper Grow Biz Express, Prosper Grow Fuel Up, dan Prosper Grow Auto Biz diperkenalkan bagi membolehkan usahawan pelbagai peringkat mengakses pembiayaan perniagaan secara lebih komprehensif.
Inisiatif berkenaan seiring dengan kenaikan dana pembiayaan PUNB kepada RM500 juta menerusi Belanjawan 2027, berbanding RM350 juta yang diperuntukkan sebelum ini.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin, pertambahan peruntukan berkenaan menterjemahkan keyakinan kerajaan terhadap rekod serta peranan agensi itu dalam melonjakkan daya saing perniagaan Bumiputera.
"Usahawan Bumiputera hari ini sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh, bukan sekadar sebagai pembekal, tetapi sebagai peneraju industri yang memacu inovasi dan automasi bertaraf global.
"Tanggungjawab PUNB adalah untuk memastikan mereka mendapat sokongan setimpal dengan cita-cita tersebut," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Izwan menegaskan PUNB akan memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi kerajaan lain bagi memastikan setiap bantuan kewangan dan pembangunan kapasiti memberi impak nyata kepada ekosistem perniagaan.
PUNB turut melakukan penjajaran semula skim pembiayaan sepanjang 2026 menerusi tiga teras utama iaitu Prosper Grow, Prosper Great, dan Prosper Impact/Nova.
Suntikan dana RM500 juta itu juga selari dengan aspirasi Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA 35) serta pembukaan peluang dalam sektor berimpak tinggi seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), dan tenaga baharu menjelang Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro21:23
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.