
Tiada keperluan bawa pulang penuntut Malaysia di Arab Saudi setakat ini
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Tiada keperluan bawa pulang penuntut Malaysia di Arab Saudi setakat ini (Harian Metro, 13:46)
Read the reporting
3 reports
Tiada keperluan bawa pulang penuntut Malaysia di Arab Saudi setakat ini
am@hmetro.com.my
Lumut: Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengesahkan tiada keperluan setakat ini untuk membawa pulang penuntut Malaysia yang berada di Arab Saudi susulan insiden serangan di dua lapangan terbang antarabangsa di negara berkenaan.
Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, keputusan itu dibuat memandangkan majoriti penuntut Malaysia berada jauh dari lokasi serangan, selain laporan ketika mendapati semua rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat.
Bagaimanapun, katanya, KPT dan Kementerian Luar (Wisma Putra) sentiasa melakukan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.
"KPT sentiasa berhubung rapat dengan Kementerian Luar yang akan memaklumkan sebarang perkembangan terkini.
"Setakat ini tiada keperluan untuk penghantaran pulang penuntut. Pemantauan rapi juga dilakukan memandangkan mereka berada di beberapa kawasan utama seperti Makkah dan Madinah," katanya kepada pemberita selepas Program Bantuan Pendidikan Bersasar Institut Pengajian Tinggi (IPT) di Dewan Mohd Anwar, TVETMara Lumut, di sini hari ini.
Pada program berkenaan, seramai 400 penuntut IPT daripada keluarga B40 di sekitar Parlimen Lumut menerima bantuan kewangan 'one-off' sebanyak RM500 sebagai persediaan mendaftar masuk ke pengajian tinggi.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, laporan rasmi setakat ini mengesahkan tiada penuntut terjejas atau berada di kawasan berisiko.
"Tiada laporan yang menunjukkan keselamatan mereka dalam bahaya, namun jika ada keperluan kelak, perbincangan lanjut akan diadakan bersama Kementerian Luar," katanya.
Terdahulu, Wisma Putra mengesahkan tiada laporan rakyat Malaysia yang terkorban atau cedera dalam insiden serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid, Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa King Fahd, Dammam.
Menurut Wisma Putra, Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh sedang berhubung rapat dengan beberapa warganegara yang terkandas akibat gangguan penerbangan bagi menghulurkan bantuan konsular yang diperlukan.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- 4 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro13:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.