Malaysian Attention Engine
Live wire
52Polis tahan suspek kes kejar mengejar di PJ50Nahas 11 kenderaan: Pemandu lori positif dadah | Sinar Harian47World : Russell Tops Sole Practice Session For F1 Singapore Grand Prix44General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi40General : MEF Welcomes RM2,000 Minimum Wage, MSME Exemption40World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia39General : Budget 2027: Individual Tax Relief Raised To RM12,000 - PMm Anwar37Gempa bumi kuat 7.7 magnitud gegar Panama37General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income36Kos operasi melonjak 52 peratus, pendapatan pesawah Kedah, Perlis terjejas36Sport : Denmark Open: Kai Wun-Wei Chong Targets Top Ten Ranking
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

`Tiga kali Loe hadir dalam mimpi, dia nak balik' - Isteri mangsa banjir Nepal

Only social or community posts, or a single source.

Attention
32
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 10 Oct, 08:25 MYTLatest activity 10 Oct, 08:25BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua bulan suaminya gagal dihubungi susulan bencana di Nepal, Hani Othman, kekal optimis dan masih menaruh harapan agar Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa kembali ke pangkuan keluarga. (Berita Harian, 08:25)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

`Tiga kali Loe hadir dalam mimpi, dia nak balik' - Isteri mangsa banjir Nepal

By Muhammad Yusri Muzamir · 10 Oct, 08:25 MYT

KUALA LUMPUR: Selepas hampir dua bulan suaminya gagal dihubungi susulan bencana di Nepal, Hani Othman, kekal optimis dan masih menaruh harapan agar Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa kembali ke pangkuan keluarga.

Hani menerusi muat naik di Facebook hari ini, berkongsi Mohd Fakhrul Munir atau lebih dikenali sebagai Loe, beberapa kali hadir dalam mimpinya dan 'menyuarakan' hasrat ingin pulang.

"Trip kali ini, dia (Mohd Fakhrul Munir) pergi ke Nepal. Dia tidak janji dengan kami hendak pulang dengan selamat kerana trip ini santai. Ia bukan trip mendaki yang bahaya.

"Namun, aku tahu dia hendak balik. Tiga kali dia hadir dalam mimpi aku. Dia hendak balik," kata wanita berusia 40 tahun yang berasal dari Kampung Kupang, Kedah itu.

Hani sebelum ini, dilaporkan berlepas ke Kathmandu atas inisiatif sendiri bagi mendapatkan perkembangan secara langsung mengenai operasi mencari suaminya dan anggota kumpulan berkenaan yang masih gagal dihubungi sejak 46 hari lalu.

Sepanjang berada di sana, Hani aktif berkongsi perkembangan usaha mengesan suaminya dan rakyat Malaysia dengan melawat hospital di Nepal bagi proses pengecaman mayat, selain terbabit mengagihkan bantuan kepada mangsa bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan.

Mohd Fakhrul Munir dilaporkan hilang selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki kumpulannya dalam ekspedisi pendakian ke Everest Base Camp (EBC) melalui laluan Tibet, dipercayai terjejas akibat banjir dan tanah runtuh dahsyat ketika berada di lembah di Rasuwa.

Sebelum dilaporkan hilang, Mohd Fakhrul Munir menerusi hantaran di laman sosialnya pada 2 Ogos lalu, berkongsi pandangan peribadi mengenai risiko pendakian gunung ekstrim serta impak tragedi di Broad Peak yang dikaitkan dengan insiden taufan di Gunung Everest pada 1996.

Seramai 54 rakyat Malaysia dilaporkan masih gagal dihubungi susulan bencana yang berlaku pada 26 Ogos itu.

Sementara itu, Hani dalam hantaran sama turut memuat naik video pendek, memaparkan Mohd Fakhrul Munir sedang memberi penerangan mengenai langkah keselamatan ketika berselisih dengan haiwan ketika ekspedisi pendakian di Phakding, Khumbu dekat Nepal.

"'Knowing' (mengenali) Loe, dia sangat mementingkan keselamatan. Bagi dia, nyawa dan keselamatan sangat utama. Bukan hanya nyawa dia, tetapi orang lain juga dan akan berjuang habis-habisan untuk hidup.

"Dia kena cirit-birit ketika pergi ke Everest dulu dan mampu sampai ke puncak, kalau dia hendak 'summit push' (gigih mendaki ke puncak). Namun, dia akan hilang tenaga dan berisiko mati ketika turun.

"Jadi dia 'decide' (putuskan) untuk tidak teruskan walaupun hendak sangat ke puncak tetapi dia sudah janji dengan 'family' (keluarga) untuk pulang dengan selamat. Namun, keadaan sebaliknya ketika trip ke Nepal," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 08:32 MYT
32New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
10 Oct, 08:25 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    08:25

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.