
TNB perkenal tarif elektrik lebih murah luar waktu puncak
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Kerajaan meluaskan perlindungan bil elektrik berkuat kuasa 1 Sept hingga 31 Dis ini bagi meminimumkan impak krisis. KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang memperincikan struktur tarif elektrik baharu berasaskan kadar penggunaan menjelang tahun depan bagi memastikan pelarasan caj lebih adil kepada pengguna domestik berbanding sektor industri berimpak tinggi. (Free Malaysia Today, 11:15)
Read the reporting
3 reports
Tarif elektrik: Konsep bayar ikut penggunaan diperkenalkan tahun depan
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayar mengikut penggunaan (user pay) untuk bekalan elektrik tahun depan bagi memastikan agihan kos lebih adil dan melindungi kepentingan pengguna domestik.
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof, berkata Suruhanjaya Tenaga (ST) diberi tanggungjawab menjalankan kajian terperinci bagi menilai pendekatan bersesuaian untuk dilaksanakan tahun depan, termasuk konsep user pay.
"Konsep user pay akan membolehkan kadar tarif bagi pengguna domestik dan sektor industri ditetapkan secara berbeza berdasarkan corak penggunaan tenaga.
"Ia sekali gus memastikan pengagihan kos lebih adil dan saksama serta melindungi kepentingan pengguna domestik," katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Azli Yusof (PH - Shah Alam) berhubung langkah kawalan yang lebih tuntas dan bersasar bagi memastikan tarif elektrik kekal munasabah.
Fadillah berkata, kerajaan mengambil perhatian serius peningkatan bil elektrik pengguna domestik di Semenanjung.
Katanya, tumpuan utama sejak krisis bekalan global, adalah memastikan kenaikan kos tidak ditanggung sepenuhnya oleh rakyat.
"Sehubungan itu, kerajaan pada 18 September lalu mengumumkan perluasan perlindungan bil elektrik kepada pengguna domestik berkuat kuasa 1 September hingga 31 Disember ini.
"Dalam konteks ini, pengguna domestik merekodkan penggunaan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan bersamaan anggaran bil bulanan RM328 ke bawah, dikecualikan sepenuhnya daripada dikenakan Pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA), Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) serta Caj Peruncitan," katanya.
Fadillah berkata, langkah itu memberi manfaat kepada kira-kira lapan juta pengguna domestik, bersamaan 90 peratus pengguna domestik di Semenanjung.
Katanya, ia selaras jaminan ST Apri llalu yang menyasarkan sekurang-kurangnya 85 peratus pengguna domestik, akan kekal dilindungi.
"Pengguna menggunakan di bawah 1000 kwj sebulan layak menerima rebat di bawah skim insentif cekap tenaga yang diperkenalkan di bawah penstrukturan tarif baharu dan sudah berkuatkuasa 1 Julai 2025.
"Insentif ini bertujuan untuk menggalakkan penggunaan elektrik secara cekap tenaga," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is cooling
- Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
- Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
- 4 independent sources, 3 new in the last hour
- Driven by news coverage (5 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today11:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.