
TPM sertai Rehlah Perdana Bulan Kesiapsiagaan Nasional
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
IPOH: Lebih 300 jemaah menyertai majlis Rehlah Perdana Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) Tahun 2026 yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah di sini malam ini. (Utusan Malaysia, 21:52)
Read the reporting
1 report
TPM sertai Rehlah Perdana Bulan Kesiapsiagaan Nasional
IPOH: Lebih 300 jemaah menyertai majlis Rehlah Perdana Bulan Kesiapsiagaan Nasional (BKN) Tahun 2026 yang berlangsung di Masjid Sultan Azlan Shah di sini malam ini.
Program dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Turut hadir ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzilah Abdul Halim dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Meor Ismail Meor Akim.
Program dimulakan dengan solat Maghrib diikuti bacaan Yasin, tahlil, zikir munajat dan selawat yang dipimpin oleh Imam Utama masjid, Syed Mohd. Muzzaffar Syed Azlan.
Sebelum memulakan bacaan, Syed Mohd. Muzzaffar berkata, program yang diadakan itu bagi memohon agar negara dihindari daripada sebarang bencana.
“Agar kita dilindungi dan dijauhkan daripada sebarang musibah, termasuk jerebu yang melanda negara ketika ini,” katanya.
BKN 2026 membawa tema ‘Madani Siaga, Tanggungjawab Bersama’, dengan mesej bahawa setiap individu, komuniti dan agensi mempunyai peranan dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta ketahanan menghadapi bencana.
Sebelum itu, majlis peluncuran BKN Tahun 2026 disempurnakan oleh Ahmad Zahid bertempat di Pusat Konvensyen Ipoh, Perak.
Sejak tahun 2016, NADMA telah menjadikan bulan Oktober sebagai Bulan Kesiapsiagaan Nasional.
Penetapan itu adalah bersempena semangat Hari Pengurangan Risiko Bencana Antarabangsa yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada bulan Oktober setiap tahun. – UTUSAN
The post TPM sertai Rehlah Perdana Bulan Kesiapsiagaan Nasional appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia21:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.