Tuah beli baju, bawa pulang rumah banglo
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KOTA BHARU - Seorang pembantu kedai tidak menyangka pembelian baju RM115 membawa tuah apabila memenangi sebuah rumah bernilai RM450,000 menerusi cabutan bertuah pada program Mat Motor Day 2.0 yang ditaja oleh Kedai Emas Sri Semantan pada Sabtu lalu.Program itu dianjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mat Motor Day, Arif Mustafa yang diadakan di Lembah Sireh selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu berjaya menghimpunkan 200,000 peminat motosikal dari seluruh negara.Lebih manis, kemenangan itu membawa sinar baharu buat Muhammad Fakhrul Rozi Fazil, 30, yang selama ini tinggal menyewa bersama isteriny (Sinar Harian, 09:30)
Read the reporting
1 reportTuah beli baju, bawa pulang rumah banglo
KOTA BHARU - Seorang pembantu kedai tidak menyangka pembelian baju RM115 membawa tuah apabila memenangi sebuah rumah bernilai RM450,000 menerusi cabutan bertuah pada program Mat Motor Day 2.0 yang ditaja oleh Kedai Emas Sri Semantan pada Sabtu lalu.Program itu dianjurkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Mat Motor Day, Arif Mustafa yang diadakan di Lembah Sireh selama dua hari pada Jumaat dan Sabtu berjaya menghimpunkan 200,000 peminat motosikal dari seluruh negara.Lebih manis, kemenangan itu membawa sinar baharu buat Muhammad Fakhrul Rozi Fazil, 30, yang selama ini tinggal menyewa bersama isterinya, Roslina Ibrahim, 31, dan anak mereka yang berusia tiga tahun di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat.Muhammad Fakhrul tidak menyangka akan terpilih sebagai pemenang hadiah utama kerana penyertaannya hanya bermula dengan hasrat membeli baju untuknya serta anak perempuan ketika berkunjung ke program itu."Saya dan isteri membelanjakan kira-kira RM115 sebelum mengambil bahagian dalam cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik."Saya memang teruja dan tidak menyangka akan memenangi sebuah rumah kerana tujuan saya ke sana hanyalah untuk melihat suasana program memandangkan saya memang meminati dunia permotoran."Apabila nombor saya diumumkan sebagai pemenang, saya benar-benar terkejut kerana tidak pernah terlintas atau bermimpi akan membawa pulang hadiah sebuah rumah," katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Rumah di Kampung Danan, Melor, di sini pada Selasa.Mengimbas kembali sebelum kemenangan itu, Muhammad Fakhrul memberitahu, majikannya meminta dia kembali bekerja pada hari tersebut untuk sesi sebelah malam.Bagaimanapun beliau menolak permintaan itu dan memaklumkan kepada majikannya mengenai hasrat untuk menghadiri program serta menyertai cabutan bertuah. Malah, sebelum berangkat, majikannya sempat memberikan kata-kata semangat."Majikan saya berpesan, ’Semoga awak bertuah.’ Saya tidak sangka doa itu benar-benar dimakbulkan," katanya.Muhammad Fakhrul turut kehilangan wang tunai miliknya berjumlah RM30 ketika berada di program itu."Apabila duit itu hilang, saya fikir mungkin bukan rezeki saya pada hari berkenaan. Namun, saya tidak sangka ALLAH menggantikannya dengan rezeki yang jauh lebih besar apabila diumumkan sebagai pemenang sebuah rumah," katanya.Muhammad Fakhrul yang bekerja sebagai pembantu kedai di Kelapa Laut Shake berkata, pendapatannya bergantung kepada jumlah pelanggan dengan anggaran sekitar RM60 hingga RM70 sehari.Beliau dan isterinya sebelum ini perlu menyewa sebuah rumah dan membayar RM250 sebulan, sekali gus menjadikan kemenangan itu amat bermakna buat keluarga kecil mereka.Katanya, kemenangan tersebut bukan sahaja menggembirakan dirinya, malah isteri yang turut berada di lokasi ketika pengumuman pemenang dibuat."Rumah ini sangat bermakna buat kami sekeluarga. Ia seperti mimpi apabila dapat memegang kunci sebuah rumah banglo empat bilik. "Syukur, akhirnya kami mempunyai rumah sendiri," katanya.Hargai pelanggan setiaSementara itu, Pengerusi Kedai Emas Sri Semantan, Mohamad Hafi zal Mahmood berkata, hadiah sebuah rumah bernilai RM450,000 dipilih sebagai ganjaran utama Mat Motor Day 2.0 bagi memberi manfaat jangka panjang kepada pemenang.Menurutnya, pihak syarikat mahu menawarkan hadiah yang mampu mengubah kehidupan pemenang, berbanding hadiah berbentuk kenderaan atau barangan lain yang lazim ditawarkan dalam kempen cabutan bertuah."Sebelum ini ramai menawarkan motosikal atau kereta, mengapa tidak menghadiahkan sebuah rumah yang boleh menjadi tempat berteduh pemenang dan keluarganya untuk jangka panjang."Apabila dimaklumkan pemenang merupakan seorang pembantu kedai yang tinggal menyewa bersama keluarga, kami merasakan hadiah ini benar-benar membawa makna besar buat mereka," katanya.Beliau berkata, Mat Motor Day 2.0 berjaya menghimpunkan kira-kira 200,000 peminat permotoran dari seluruh negara, melibatkan pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan belia dan keluarga.Katanya, penganjuran program itu turut mencerminkan komitmen Kedai Emas Sri Semantan dalam mendekati komuniti menerusi aktiviti yang berteraskan minat masyarakat, di samping mengukuhkan hubungan dengan pelanggan.Selain hadiah utama berupa sebuah rumah bernilai RM450,000, kempen itu turut menawarkan sebuah Mercedes-Benz A250, barangan elektrik serta barangan kemas sebagai hadiah cabutan bertuah.Mohamad Hafi zal berkata, sambutan terhadap kempen itu amat menggalakkan apabila bukan sahaja mencatat peningkatan jualan, malah menerima maklum balas positif daripada pelanggan dan peminat setia syarikat.Mengulas mengenai ketelusan cabutan bertuah, beliau berkata, pihak penganjur memilih kanakkanak untuk membuat cabutan bagi memastikan proses pemilihan pemenang berlangsung secara telus dan adil."Kami akan terus mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menawarkan produk berkualiti pada harga promosi, selain meneruskan penganjuran program yang dekat di hati komuniti," katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian09:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.