
Tujuh warisan kebudayaan tidak ketara diisytihar Warisan Negeri Pulau Pinang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
GEORGE TOWN : Tujuh warisan kebudayaan tidak ketara termasuk seni persembahan boria diisytihar sebagai Warisan Negeri Pulau Pinang di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 sempena Majlis Pengisytiharan Warisan Negeri Kali Kedua Tahun 2026, hari ini. (Utusan Malaysia, 20:01)
Read the reporting
1 report
Tujuh warisan kebudayaan tidak ketara diisytihar Warisan Negeri Pulau Pinang
GEORGE TOWN : Tujuh warisan kebudayaan tidak ketara termasuk seni persembahan boria diisytihar sebagai Warisan Negeri Pulau Pinang di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 sempena Majlis Pengisytiharan Warisan Negeri Kali Kedua Tahun 2026, hari ini.
Selain boria, enam lagi warisan kebudayaan tidak ketara lain yang tersenarai adalah Perayaan Teong Guan Phor Thor, Ghazal Parti, Bangsawan Pulau Pinang, Silat Pelaga: Siku 12, Dondang Sayang Pulau Pinang dan Dialek Hokkien Pulau Pinang.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri, Wong Hon Wai berkata, pengisytiharan itu merupakan usaha kerajaan negeri untuk terus memelihara seni persembahan tradisional yang menjadi sebahagian daripada identiti serta khazanah budaya Pulau Pinang untuk diwarisi generasi akan datang.
“Setakat September 2026 yang lalu juga, kerajaan negeri melalui Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang telah berjaya mengisytiharkan 35 item warisan kebudayaan tidak ketara sebagai Warisan Negeri.
“Ia merangkumi pelbagai domain termasuk makanan warisan, bahasa persuratan, adat budaya, kepercayaan dan seni mempertahankan diri,” katanya ketika berucap pada majlis itu yang turut dihadiri oleh Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Mengulas lanjut, Hon Wai berkata, kerajaan negeri turut menetapkan enam tapak atau lokasi sebagai Tapak Warisan selepas melalui proses penilaian di setiap peringkat sebelum diluluskan.
Katanya, tapak itu ialah Tokong Loo Pun Hong, stesen atas dan stesen bawah serta landasan funikular Bukit Bendera Pulau Pinang, Makam Dato Koyah, Tokong Thai Pak Koong (Ng Suk) di Lebuh King, Bangunan Persatuan Fooi Chew serta Tanah Perkuburan Kwangtung dan Tengchow No. 1.
Sementara itu, Hon Wai berkata, pengisytiharan tujuh item warisan kebudayaan tidak ketara serta penetapan enam tapak warisan itu menjadikan jumlah keseluruhan warisan yang diwartakan di peringkat negeri adalah sebanyak 63 item di bawah Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011.
“Ketika ini, Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang akan meneruskan usaha untuk mengenal pasti serta mengangkat lebih banyak warisan kebudayaan dan warisan semula jadi yang berpotensi untuk diiktiraf pada masa hadapan.
“Oleh itu, orang ramai digalakkan untuk mengemukakan pencalonan yang sesuai serta berkongsi maklumat penting berkaitan warisan negeri untuk dinilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan dalam enakmen berkenaan,” katanya.-UTUSAN
The post Tujuh warisan kebudayaan tidak ketara diisytihar Warisan Negeri Pulau Pinang appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia20:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.