Tular aduan boleh jejaskan operasi risikan SPRM
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR – Tindakan menularkan aduan berkaitan rasuah di media sosial berpotensi menjejaskan operasi risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk memberi peluang kepada pihak yang disyaki mengambil tindakan bagi mengganggu proses pengumpulan bukti.Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin berkata, pendedahan terlalu awal boleh memberi amaran kepada pihak yang disyaki sehingga menjejaskan proses pengumpulan bukti dan pelaksanaan operasi."Antara tindakan yang mungkin dilakukan selepas mengetahui mereka sedang diperhatikan ialah melupuskan dokumen, me (Sinar Harian, 17:58)
Read the reporting
1 reportTular aduan boleh jejaskan operasi risikan SPRM
KUALA LUMPUR – Tindakan menularkan aduan berkaitan rasuah di media sosial berpotensi menjejaskan operasi risikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) termasuk memberi peluang kepada pihak yang disyaki mengambil tindakan bagi mengganggu proses pengumpulan bukti.Pengarah Kanan Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Saiful Ezral Arifin berkata, pendedahan terlalu awal boleh memberi amaran kepada pihak yang disyaki sehingga menjejaskan proses pengumpulan bukti dan pelaksanaan operasi."Antara tindakan yang mungkin dilakukan selepas mengetahui mereka sedang diperhatikan ialah melupuskan dokumen, mengubah corak komunikasi atau mengambil langkah yang boleh mengganggu proses siasatan."Pendedahan terlalu awal boleh menjejaskan element of surprise yang amat penting dalam operasi perisikan," katanya pada Isnin.Menurutnya, masyarakat mempunyai ruang luas untuk berkongsi maklumat menerusi media sosial, namun penularan laporan atau aduan secara terbuka ketika maklumat masih dalam proses pembangunan boleh memberi kesan kepada proses perisikan dan siasatan."Bahagian Perisikan SPRM turut memberi perhatian terhadap kecenderungan sesetengah individu atau pencipta kandungan (content creator) yang menularkan laporan atau aduan di media sosial demi mendapatkan perhatian atau atas motif tertentu," katanya.Sehubungan itu, beliau berkata, penyaluran maklumat melalui saluran yang betul penting bagi membolehkan agensi penguat kuasa menilai, mengesahkan dan membangunkan maklumat secara profesional tanpa menjejaskan operasi."Dalam usaha membanteras rasuah, Bahagian Perisikan SPRM berperanan membangunkan maklumat daripada petunjuk awal sehingga menjadi asas kepada pembentukan kes jenayah yang mempunyai bukti kukuh."Pendekatan Penyiasatan Berasaskan Perisikan atau Intelligence-Based Investigation (IBI) menjadi antara pendekatan utama SPRM dalam pelaksanaan operasi dan siasatan, khususnya bagi jenayah rasuah yang berlaku secara tersembunyi serta sukar dikesan," katanya.Menurutnya, pendekatan itu melibatkan penelitian dokumen dan minit mesyuarat, pemprofilan kewangan, rekod kewangan, pengawasan fizikal, teknik penyamaran serta penggunaan teknologi analisis moden bagi membangunkan maklumat secara sistematik."Keunikan pendekatan ini ialah pelaksanaannya secara sehenti, daripada A hingga Z dalam satu bahagian."Bahagian Perisikan SPRM bukan sahaja menjalankan risikan, malah membangunkan maklumat, mengumpul bukti dan melaksanakan siasatan menerusi pasukan khas sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk penilaian," katanya.Jelasnya, keberkesanan pendekatan berkenaan turut dapat dilihat menerusi kadar keberhasilan pendakwaan yang dilaporkan mencecah antara 90 hingga 100 peratus."SPRM turut memperkukuh keupayaan analisis berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta kerjasama rentas agensi bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi menghadapi jenayah yang semakin kompleks."Penggunaan teknologi perlu disokong kepakaran manusia kerana pegawai perisikan perlu memahami konteks, menilai petunjuk dan menghubungkan maklumat berdasarkan fakta serta bukti," katanya.Tegasnya, masyarakat juga perlu memahami perbezaan antara pengadu, pemberi maklumat (informant) dan pemberi maklumat yang mendapat perlindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, tertakluk kepada syarat serta peruntukan undang-undang."Kepercayaan awam penting dalam usaha membanteras rasuah kerana masyarakat perlu mempunyai ruang untuk menyalurkan maklumat, manakala agensi penguat kuasa memerlukan ruang untuk menilai dan menyiasat maklumat berkenaan secara profesional."Dalam usaha membanteras rasuah, setiap maklumat mempunyai nilai dan setiap petunjuk berpotensi membawa kepada sesuatu yang lebih besar," katanya.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian17:58
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.