
Ular sawa miliki gigitan padu mampu mencederakan biarpun tidak berbisa
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Ular sawa miliki gigitan padu mampu mencederakan biarpun tidak berbisa (Harian Metro, 07:07)
Read the reporting
1 report
Ular sawa miliki gigitan padu mampu mencederakan biarpun tidak berbisa
zatuliffah@hmetro.com.my
TANGGAPAN bahawa ular sawa atau nama tempatan ular sawa batik tidak berbahaya kerana tidak berbisa sebaliknya hanya mengancam mangsa menerusi belitannya, perlu diperbetulkan kerana gigitannya juga mampu menyebabkan kecederaan serius kepada manusia.
Walaupun tidak mempunyai bisa, reptilia dengan nama saintifik MalayoPython Reticulatus itu memiliki gigi tajam yang melengkung ke belakang untuk mencengkam mangsa, sekali gus berpotensi menyebabkan luka tusukan, koyakan kulit dan pendarahan.
Justeru, ketiadaan bisa bukan bermakna gigitan ular sawa boleh dipandang ringan kerana tahap kecederaan bergantung pada kedalaman luka dan bahagian tubuh yang terkena. Dari sudut anatomi, gigi ular sawa bukan berfungsi untuk mengunyah, sebaliknya membantu reptilia itu mencengkam dan menahan mangsa supaya tidak terlepas ketika ditelan.
Gigi yang runcing dan melengkung ke belakang itu bertindak seperti cangkuk untuk mengekalkan cengkaman.
Apabila gigi menembusi kulit, tindakan menarik anggota badan secara paksa boleh memburukkan luka tusukan atau menyebabkan kulit terkoyak.
Selain itu, ular sawa mempunyai banyak gigi yang tersusun pada rahang atas dan bawah.
Susunan itu membolehkannya mencengkam mangsa pada beberapa titik, sekali gus menyebabkan gigitan meninggalkan beberapa kesan tusukan atau koyakan, bergantung pada cara gigitan berlaku.
Anggota Squad King Cobra (SKC), Wan Mohamed Faridzuan Wan Saiful Nizam berkata, struktur gigi dan mekanisme gigitan ular sawa perlu difahami bagi menjelaskan mengapa reptilia tidak berbisa itu masih mampu menyebabkan kecederaan serius kepada manusia.
Katanya, tahap kecederaan bergantung pada beberapa faktor termasuk saiz ular, kekuatan gigitan, tempoh cengkaman dan lokasi luka.
Gigitan pada tangan, lengan atau kaki boleh menjadi lebih serius jika menjejaskan struktur penting di bawah kulit.
"Luka yang dalam berpotensi mencederakan salur darah dan menyebabkan pendarahan ketara. Sekiranya saraf berhampiran turut terjejas, mangsa mungkin mengalami kesakitan, kebas atau gangguan pergerakan, bergantung pada tahap kerosakan.
"Risiko juga tidak terhenti pada kecederaan luaran kerana luka gigitan haiwan boleh tercemar dengan bakteria. Tanpa pembersihan dan rawatan sewajarnya, mangsa berisiko mengalami jangkitan yang boleh merumitkan proses pemulihan.
"Justeru, gigitan ular sawa tidak boleh dianggap sebagai luka biasa hanya kerana ia tidak berbisa. Luka dalam, pendarahan berterusan, kesakitan teruk atau kehilangan deria pada bahagian yang digigit memerlukan pemeriksaan perubatan segera," katanya yang kini bertugas sebagai penyelia tapak latihan kebakaran, Central Emergency & Fire Services Response.
Wan Mohamed Faridzuan yang juga bekas jurulatih pengendali haiwan berbisa ular di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, ular sawa turut mempunyai kekuatan otot badan yang membolehkannya membelit mangsa.
Katanya, walaupun bahaya belitan berbeza daripada kecederaan akibat gigitan, aspek itu menunjukkan ancaman reptilia berkenaan berpunca daripada kekuatan fizikal, bukan bisa.
"Lilitan yang kuat boleh mengenakan tekanan pada dada dan abdomen sehingga mengganggu pernafasan. Tekanan berterusan juga berpotensi menjejaskan peredaran darah terutama jika mangsa dibelit ular bersaiz besar.
"Dalam keadaan serius, tekanan berkenaan boleh menyebabkan kekurangan oksigen, kehilangan kesedaran dan kecederaan yang mengancam nyawa. Oleh itu, situasi seseorang dibelit ular sawa perlu dianggap sebagai kecemasan yang memerlukan bantuan segera," katanya.
Tambahnya, tanggapan bahawa ular sawa sentiasa agresif terhadap manusia juga tidak tepat kerana reptilia itu lazimnya tidak menjadikan manusia sebagai mangsa utama.
Katanya, ular sawa boleh mengelak atau melarikan diri sekiranya mempunyai ruang untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun, katanya, risiko pertembungan boleh meningkat apabila ular berasa terancam, terkejut, terperangkap atau diganggu.
Tindakan menghampiri terlalu dekat, menyentuh atau cuba menangkapnya boleh mencetuskan tindak balas mempertahankan diri.
"Ular yang dikejar, dihalang laluannya atau cuba diangkat tanpa kemahiran sesuai juga berpotensi menggigit. Cubaan mengendalikan reptilia itu sendiri bukan sahaja berbahaya kepada individu terbabit, malah boleh mengundang risiko kepada orang lain yang berada berhampiran.
"Orang ramai yang terserempak dengan ular sawa dinasihatkan supaya bertenang, menjaga jarak dan berundur ke tempat selamat tanpa cuba mengusik atau menghalang pergerakannya," katanya.
Wan Mohamed Faridzuan berkata, mangsa yang digigit ular sawa perlu mendapatkan rawatan perubatan segera.
Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menghisap luka, memotong kawasan gigitan atau menggunakan kaedah tradisional yang boleh melambatkan rawatan sebaliknya, luka perlu dinilai petugas kesihatan bagi menentukan tahap kecederaan dan rawatan yang bersesuaian.
"Masyarakat perlu memahami bahawa ketiadaan bisa bukan ukuran tunggal untuk menentukan tahap bahaya sesuatu haiwan. Anatomi, kekuatan fizikal dan tingkah laku haiwan turut memainkan peranan dalam menentukan risiko kecederaan ketika pertembungan berlaku.
"Kesimpulannya, ular sawa mungkin tidak berbisa, namun giginya yang tajam dan melengkung ke belakang mampu menyebabkan luka tusukan, koyakan serta pendarahan manakala belitannya pula berpotensi mengancam nyawa.
"Memahami risiko sebenar, menjaga jarak dan mendapatkan bantuan terlatih ialah langkah penting untuk mengelakkan kecederaan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro07:07
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.