
Ulat teksi, persaingan himpit pendapatan pemandu teksi
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA TERENGGANU: Kegiatan ulat teksi, persaingan sengit dan kemerosotan jumlah penumpang terus menghimpit pendapatan pemandu teksi di negeri ini, sekali gus menuntut penguatkuasaan lebih tegas bagi menjamin kelangsungan mata pencarian mereka. (Utusan Malaysia, 07:51)
Read the reporting
1 report
Ulat teksi, persaingan himpit pendapatan pemandu teksi
KUALA TERENGGANU: Kegiatan ulat teksi, persaingan sengit dan kemerosotan jumlah penumpang terus menghimpit pendapatan pemandu teksi di negeri ini, sekali gus menuntut penguatkuasaan lebih tegas bagi menjamin kelangsungan mata pencarian mereka.
Walaupun menyambut baik bantuan tunai RM1,000 yang diumumkan kerajaan, pemandu teksi berharap masalah berlarutan itu diberi perhatian serius kerana bantuan sekali bayar hanya mampu meringankan beban untuk sementara waktu.
Pengerusi Persatuan Kebajikan Pemandu Kereta Sewa/Teksi Terengganu Hentian Terminal Bas MBKT, Wan Murad Wan Jaafar berkata, tindakan lebih berkesan perlu diambil terhadap kegiatan ulat teksi yang menjejaskan peluang pemandu berdaftar mendapatkan penumpang.
Katanya, persaingan dengan perkhidmatan pengangkutan awam lain turut menyukarkan pemandu teksi memperoleh pendapatan mencukupi, terutama ketika jumlah pelanggan semakin berkurangan.
“Nilai RM1,000 itu besar dan kami bersyukur menerimanya. Namun, masalah yang dihadapi pemandu teksi juga perlu dinilai semula, terutama berkaitan penguatkuasaan terhadap ulat teksi.
“Persaingan dengan perkhidmatan pengangkutan awam lain semakin sengit sehingga menyukarkan kami mendapatkan penumpang dan mencari pendapatan,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.
Menerusi Belanjawan 2027, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan bantuan sekali bayar RM1,000 kepada pemandu teksi, kereta sewa dan bas sekolah hasil kutipan jualan nombor pendaftaran khas siri ‘H’.
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumpul RM91.2 juta menerusi siri ‘H’ yang dilelong secara dalam talian bermula 16 hingga 20 September lalu sempena sambutan Hari Malaysia.
Inisiatif ini bakal memanfaatkan kira-kira 38,000 pemandu teksi dan kereta sewa serta 15,000 pemandu bas sekolah.
Wan Murad berkata, seramai 28 pemandu teksi berdaftar dengan persatuan itu turut berdepan kesukaran mendapatkan pendapatan mencukupi untuk menampung kos sara hidup. – UTUSAN
The post Ulat teksi, persaingan himpit pendapatan pemandu teksi appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia07:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.