
Utamakan nelayan pantai lama menunggu lesen
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
PETALING JAYA: Nelayan pantai tulen yang telah lama memohon lesen perlu diberi keutamaan dalam pengagihan lesen sampan khas menerusi Belanjawan 2027 yang disasarkan memberi manfaat kepada 20,000 nelayan. (Utusan Malaysia, 19:08)
Read the reporting
3 reports
Belanjawan 2027: Penambahan lesen sampan khas buka peluang bantuan kepada 20,000 nelayan
amir_hamid@mediaprima.com.my
Kuala Lumpur: Penambahan jumlah pemegang lesen sampan khas daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan menerusi Belanjawan 2027 disambut baik kerana membuka peluang kepada lebih ramai golongan itu menikmati bantuan dan geran kerajaan.
Nelayan, Asmadi Ahmad @ Che Amat, 45, berkata, penambahan lesen berkenaan membolehkan lebih ramai nelayan berdaftar mendapat manfaat daripada inisiatif disediakan bagi membantu mereka meneruskan kegiatan menangkap ikan dan meningkatkan pendapatan.
"Lebih banyak sampan berlesen bermakna lebih ramai nelayan berlesen yang akan mendapat manfaat daripada setiap bantuan dan geran yang disediakan," katanya.
Beliau turut menyambut baik penyaluran insentif hasil tangkapan kerana langkah itu dapat mendorong nelayan meningkatkan hasil tangkapan, selain memberi perhatian terhadap pemuliharaan perairan bagi memastikan sumber perikanan terus terpelihara.
"Penyaluran insentif hasil tangkapan sangat membantu nelayan untuk lebih serius meningkatkan hasil tangkapan melalui pemuliharaan kesihatan perairan supaya jumlah hasil tangkapan lebih terjamin," katanya.
Asmadi berkata, peningkatan Elaun Sara Hidup sehingga RM300 sebulan juga membantu nelayan berdepan peningkatan kos sara hidup ketika ini.
"Peningkatan kepada RM300 sebulan sangat baik selaras dengan peningkatan kos sara hidup sekarang," katanya.
Dalam Belanjawan 2027 yang dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata, kerajaan bersetuju meningkatkan jumlah pemegang lesen sampan khas daripada 17,000 kepada 20,000 nelayan dengan peruntukan RM30 juta.
Bagi meningkatkan pendapatan nelayan, kerajaan turut menyediakan geran untuk pelaksanaan projek akuakultur, termasuk membekalkan sistem bioflok bagi ternakan ikan tilapia.
Agrobank juga menyediakan RM40 juta untuk pembiayaan projek akuakultur bagi menyokong usaha golongan itu mengembangkan kegiatan ekonomi dalam sektor berkenaan.
Pada masa sama, nelayan yang layak akan terus menikmati harga diesel bersubsidi RM1.65 seliter.
Kerajaan turut menyediakan RM178 juta, antaranya bagi penyaluran insentif hasil tangkapan dan Elaun Sara Hidup sehingga RM300 sebulan.
Selain inisiatif untuk nelayan, usahawan tani boleh memanfaatkan dana pembiayaan lebih RM1 bilion menerusi Agrobank, Bank Rakyat dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia bagi menyokong peningkatan hasil pertanian, termasuk melalui penggunaan teknologi.
Lebih RM40 juta turut disediakan bagi membantu penghasilan produk bernilai tinggi menggunakan teknologi moden, termasuk coklat premium berasaskan kaedah bean-to-bar, pati minyak dan produk aromaterapi gaharu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- Spread across News, YouTube
- 4 independent sources, 1 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia19:08
- Step 2YouTube (mainstream)KiniTV (YouTube)20:03 · +55 min
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro, KiniTV (YouTube), Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News · YouTube. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.