Malaysian Attention Engine
Live wire
60Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok50Waspada pakej umrah, haji tawar harga tidak munasabah - Zulkifli47Hakim Danish jadi tarikan, 80 peratus tiket MotoGP Malaysia 2026 terjual46Orang utan rescued in Indonesia fires ‘walked through’ flames, says nonprofit CEO45General : MCMC Has Added More Than 1,000 Wi-Fi Access Points At UMS - Teo41Politics : DAP Not Responsible For N.Sembilan Political Turmoil - Loke39General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am39Business : Malaysia, Egypt To Expand Trade, Investment And Economic Cooperation -- Anwar38General : Haze: Perak Religious Schools, Islamic Education Institutions To Monitor API Readings37General : Anwar Condemns Riyadh Airport Attack, Expresses Solidarity With Saudi Arabia36General : Haze: Johor Extends Closure Of Schools, Educational Institutions Until Oct 1635Firefly batal semua penerbangan berjadual Subang-Singapura dari 10 hingga 12 Oktober
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

[VIDEO] ‘Rider’ ghaib, motosikal bergerak sendiri di Lebuh Raya Persekutuan

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 16:33 MYTLatest activity 11 Oct, 16:33BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Belum reda terkejut melihat sebuah motosikal merempuh belakang kereta, orang ramai dikejutkan pula dengan kemunculan sebuah motosikal lain yang bergerak sendiri tanpa penunggang di Lebuh Raya Persekutuan. (Kosmo!, 16:33)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

[VIDEO] ‘Rider’ ghaib, motosikal bergerak sendiri di Lebuh Raya Persekutuan

By KOSMO! · 11 Oct, 16:33 MYT

PETALING JAYA – Belum reda terkejut melihat sebuah motosikal merempuh belakang kereta, orang ramai dikejutkan pula dengan kemunculan sebuah motosikal lain yang bergerak sendiri tanpa penunggang di Lebuh Raya Persekutuan.

Kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan sebelum dikongsikan pengguna Threads @agentren.gg hari ini.

Menerusi perkongsian itu, rakaman berkenaan memaparkan kejadian kemalangan melibatkan sebuah motosikal yang merempuh belakang kereta ketika melalui lebuh raya berkenaan pada 6 Oktober lalu, kira-kira pukul 7.09 pagi.

Bagaimanapun, situasi menjadi lebih mencuri perhatian apabila sebuah lagi motosikal dilihat muncul dari sebelah kiri kereta sebelum bergerak tanpa kelibat penunggang.

Motosikal itu kemudian merempuh sebuah kereta yang sedang berhenti dalam kesesakan lalu lintas, sekali gus mengundang tanda tanya orang ramai mengenai keberadaan penunggangnya.

“Federal Highway (Lebuh Raya Persekutuan)? Mana rider (penunggang) tu hilang ye, tinggal motor je,” soal @agentren.gg pada ruangan kapsyen rakaman dikongsikannya.

Rakaman tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial yang rata-ratanya mengakui terkejut melihat kejadian berkenaan, khususnya apabila motosikal kedua bergerak tanpa penunggang.

Seorang pengguna dikenali sebagai Geligeleman, mempersoalkan situasi pelik itu kerana perhatian ramai lebih tertumpu kepada kemalangan kedua.

“Tak, apahal motor kedua tu tak ada rider (penunggang). Naik kereta orang lain ka. Tak ada siapa pun komen berkaitan ini,” katanya.

Seorang lagi pengguna @Is_it_akif berkata, dia sudah terkejut melihat kemalangan pertama sebelum dikejutkan dengan motosikal kedua yang bergerak tanpa penunggang.

“Motor first (pertama) tu accident (kemalangan) aku dah seriau dah. Tiba-tiba pula (motosikal kedua) tu bergerak tak ada rider (penunggang). Terus rasa nak tergelak. Ya Allah, apa dosa hamba-Mu ini Ya Allah,” ujarnya.

Sementara itu, @shier88z turut mengakui terkejut melihat kedua-dua kejadian yang berlaku dalam rakaman berkenaan.

“Terkejut tengok yang pertama tu lagi terkejut tengok kedua motor tak ada orang,” katanya.

Dalam pada itu, terdapat juga pengguna media sosial yang mengambil kesempatan mengingatkan penunggang motosikal supaya menggunakan lorong motosikal ketika melalui Lebuh Raya Persekutuan bagi mengurangkan risiko kemalangan.

“Sebab itu ada laluan motor. Kes macam kni susah motor nak menang kalau naik balai,” pesan Putera Fahmi. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

The post [VIDEO] ‘Rider’ ghaib, motosikal bergerak sendiri di Lebuh Raya Persekutuan appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:0018:0019:00
Latest 19:09 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
11 Oct, 16:33 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    16:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

[VIDEO] ‘Rider’ ghaib, motosikal bergerak sendiri di Lebuh Raya Persekutuan · Malaysian Attention Engine