Malaysian Attention Engine
Live wire
55General : PN Deregistration Proves PAS' Failure To Manage Coalition - Azmin54Tampil mohon maaf atau bersedia bayar RM3juta – Peguam Ruhainies47Bapa reda pemergian anak perempuan selepas disahkan tercekik44Business : BNM Launches Scripless Securities Depository System To Support Tokenised Bond, Sukuk Issuance43Sport : Aichi-Nagoya 2026 Asian Para Games: Bonnie Retains 72 Kg Crown As Malaysia Claims Second Gold43Parlimen: KPM lulus projek bina semula bangunan daif di 455 sekolah42General : 'Saudi Visa Bio' App Being Continuously Improved For Pilgrims - Zulkifli42World : French PM Urges Targeted Curfews After Violent Weekend Protests40Sport : Lee Zii Jia Settles Suit With Family And Company Amicably39General : OTA: MOT To Hold Engagement Sessions With Express Bus Operators36T-Rex Dual Solar tawar hayat bateri sehingga 34 hari36General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

[VIDEO] Viva berpusing atas lebuh raya, tiba-tiba datang ‘towing’ dari belakang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 16:15 MYTLatest activity 20 Oct, 16:15BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Detik cemas sebuah Perodua Viva berwarna putih berpusing sebelum melanggar sebuah kenderaan lain di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak mencuri perhatian pengguna media sosial hari ini. (Kosmo!, 16:15)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·1 min read

[VIDEO] Viva berpusing atas lebuh raya, tiba-tiba datang ‘towing’ dari belakang

By KOSMO! · 20 Oct, 16:15 MYT

PETALING JAYA – Detik cemas sebuah Perodua Viva berwarna putih berpusing sebelum melanggar sebuah kenderaan lain di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak mencuri perhatian pengguna media sosial hari ini.

Kejadian itu dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) sebuah kenderaan yang berada di lokasi sebelum rakaman berkenaan dikongsikan pengguna Threads, @miku.who.

Berdasarkan rakaman, Perodua Viva berkenaan yang datang dari arah belakang dilihat tiba-tiba hilang kawalan sebelum berpusing merentasi beberapa lorong.

Kereta itu kemudiannya terbabas sehingga ke lorong kiri sebelum berpusing semula dan melanggar sebuah kenderaan yang berada di bahagian lorong kanan lebuh raya tersebut.

“Nah rakaman Lebuh Raya KL-Karak untuk sesiapa terlibat yang memerlukan, semoga urusan dipermudahkan,” tulis pemilik hantaran.

Bagaimanapun, selain kejadian tersebut, perhatian pengguna media sosial turut tertumpu kepada kehadiran sebuah kenderaan tunda yang dilihat berada tidak jauh dari lokasi.

“Ada towing (kenderaan tunda) belakang. Suratan atau kebetulan?,” komen @fototerastudio.

Sementara itu, @n.isfornoname turut mempersoalkan sama ada kejadian berpunca daripada keadaan jalan atau objek tajam.

“Jalan licin? Atau paku? Kebetulan pula ada kereta tunda,” katanya.

Seorang lagi pengguna, @frhnssa_ mendakwa pernah berdepan pengalaman mencurigakan di Lebuh Raya KL-Karak selepas kenderaan keluarganya terlanggar sebiji tayar yang berada di tengah jalan.

Menurutnya, selepas mereka berhenti berhampiran sebuah stesen minyak kerana tangki cecair penyejuk kenderaan pecah, seorang lelaki datang menawarkan perkhidmatan tunda.

Apa yang menimbulkan persoalan, lelaki terbabit didakwa bertanya sama ada kenderaan mereka merupakan kereta yang terlanggar tayar sebelum itu.

“Kami semua pelik macam mana dia tahu kami langgar tayar. Kemudian kami cakap kami ada towing sendiri, dia macam tidak puas hati dan terus berlalu begitu sahaja,” dakwanya. – KOSMO! ONLINE

View on Threads

The post [VIDEO] Viva berpusing atas lebuh raya, tiba-tiba datang ‘towing’ dari belakang appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 16:42 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
20 Oct, 16:15 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    16:15

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.