
[VIDEO] Wani Kayrie Terkejut Dikaitkan Bakal Kahwini Afieq Shazwan – ‘Tiada Komen’
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Penyanyi, Wani Kayrie mengakui terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai wanita misteri yang bakal mendirikan rumah tangga bersama rakan seperjuangannya, Afieq Shazwan. (Google News Malaysia (BM), 18:21)
Read the reporting
1 report
[VIDEO] Wani Kayrie Terkejut Dikaitkan Bakal Kahwini Afieq Shazwan – ‘Tiada Komen’
![\[VIDEO\] Wani Kayrie Terkejut Dikaitkan Bakal Kahwini Afieq Shazwan – ‘Tiada Komen’](https://asset.ohbulan.com/2026/10/wani-dan-afieq.jpg)
Penyanyi, Wani Kayrie mengakui terkejut apabila namanya dikaitkan sebagai wanita misteri yang bakal mendirikan rumah tangga bersama rakan seperjuangannya, Afieq Shazwan.
Artikel Berkaitan: ‘Selawat & Buat Yang Terbaik, Semua Tertunggu’ – Pesanan Afieq Shazwan Kepada Wani Kayrie
Artikel Berkaitan: \[VIDEO\] Afieq Shazwan Terima Pujian Perdana Menteri Bangladesh, Sebutan Bahasa Bengali Raih Perhatian
Terkejut

Ketika ditemui OhBulan!, Wani atau nama sebenarnya Syazwani Abdullah, 26, berkata dia memilih untuk tidak mengulas lanjut memandangkan tidak pernah dimaklumkan secara peribadi oleh Afieq mengenai perkara tersebut.
Saya sendiri tidak tahu Afieq mengeluarkan kenyataan begitu tapi saya pasti dia pun tidak menyebut nama sesiapa.
Bila orang kaitkan nama saya, saya pun terkejut juga tertanya-tanya kenapa nama saya disebut.
Saya tiada komen mengenai perkara ini dan saya pun tidak diberitahu oleh Afieq sendiri.
Mengulas lanjut, Wani berkata namanya sering dikaitkan dengan penyanyi berusia 29 tahun itu berkemungkinan kerana mereka sering menjalinkan kerjasama bersama.
Pun begitu, Wani mengakui tidak kisah apabila peminat mengaitkan dirinya dengan Afieq memandangkan mereka sememangnya rapat.
Kalau nak kata kenal hati budi, saya dengan dia sudah lama kenal. Kami kawan rapat dan tiada ke arah (kahwin) itu.
Mungkin orang meletakkan ke arah itu kerana mereka mengikuti kami sejak kecil.
Ketika ditanya mengenai status hubungannya ketika ini, sama ada sudah mempunyai teman istimewa atau sebaliknya, pelantun lagu Cak Cak Cekuk itu menegaskan soal cinta bukanlah keutamaannya buat masa ini.
Saya boleh katakan yang saya masih single tetapi ‘not available’.
Saya masih tidak berminat dengan hubungan yang serius sebab saya banyak tanggungjawab dan komitmen bersama dengan keluarga.
Macam orang tahu, ibu saya pun kurang sihat jadi banyak benda yang saya perlu utamakan sekarang berbanding dengan hubungan cinta.
Terdahulu, Afieq menerusi satu hantaran mendedahkan hasratnya untuk mendirikan rumah tangga pada 28 Ogos 2028, yang disifatkannya sebagai tarikh cantik, bersama seorang wanita yang identitinya masih dirahsiakan.
Perkongsian itu sekali gus mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat apabila rata-rata mereka mula mengaitkan nama Wani dengan wanita misteri yang dimaksudkan Afieq.
Why it is over
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
- DetectedFirst detected (Google News Malaysia (BM)) source
- StateOver
single source and no mention for 24h
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)18:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.