
Waad Nasional angkat martabat insan, bina peradaban
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEBUAH negara boleh menjadi kaya tanpa menjadi sebuah peradaban besar. Ia boleh memiliki bangunan tinggi, teknologi canggih, jaringan lebuh raya dan angka pertumbuhan mengagumkan, tetapi ukuran peradaban jauh lebih mendalam. (Berita Harian, 08:37)
Read the reporting
1 report
Waad Nasional angkat martabat insan, bina peradaban
SEBUAH negara boleh menjadi kaya tanpa menjadi sebuah peradaban besar. Ia boleh memiliki bangunan tinggi, teknologi canggih, jaringan lebuh raya dan angka pertumbuhan mengagumkan, tetapi ukuran peradaban jauh lebih mendalam.
Ia terletak pada bagaimana manusia dimuliakan, bagaimana kekuasaan dilaksanakan, bagaimana golongan lemah dibela, bagaimana ilmu dihargai dan apakah warisan ditinggalkan kepada generasi seterusnya. Dari sudut inilah Belanjawan MADANI 2027 wajar ditanggapi.
Belanjawan dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bukan hanya dokumen fiskal. Apa yang menarik ialah keberanian beliau mengangkatnya sebagai suatu 'pernyataan mora' dan 'Waad Nasional' kerajaan kepada rakyat.
Konsep ini penting kerana ia membawa perbahasan belanjawan keluar daripada hanya menekankan persoalan angka kepada persoalan lebih asas, iaitu tanggungjawab pemerintah kepada rakyat?
Dalam tradisi peradaban, kekuasaan tidak pernah seharusnya berdiri tanpa amanah. Teks Belanjawan 2027 sendiri merujuk Raja Ali Haji melalui Gurindam Dua Belas: "Hukum adil atas rakyat, tanda Raja beroleh inayat."
Maksud dihuraikan daripada ungkapan ini ialah kekuasaan tidak dinilai berdasarkan kebesaran kedudukan, tetapi pada keadilan benar-benar dirasakan rakyat.
Di sinilah konsep Waad Nasional mendapat kekuatannya. Waad bukan hanya janji politik biasa. Ia ikatan moral antara pemerintah dengan rakyat.
Negara memberikan ruang, perlindungan dan peluang; rakyat pula membalasnya melalui ilmu, pekerjaan, daya cipta, keberanian dan kecemerlangan. Kuasa dipagari amanah, manakala kesetiaan rakyat dibalas dengan keadilan.
Inilah asas masyarakat berperadaban. Sebab itu ukuran Belanjawan 2027 tidak seharusnya hanya pada berapa bilion ringgit dibelanjakan.
Anwar ketika membentangkan Belanjawan 2027 meletakkan ukuran lebih tinggi, iaitu sama ada lebih ramai rakyat dapat hidup dengan bermaruah dan sama ada Malaysia diwariskan kepada generasi akan datang lebih adil daripada Malaysia diwarisi hari ini.
Dari perspektif ini, bantuan kepada rakyat bukan semata-mata dasar kebajikan. Ia adalah usaha mengangkat martabat dan mempertahankan maruah manusia.
Apabila negara menyediakan perlindungan kepada warga emas, menambah bantuan orang kurang upaya (OKU), membantu keluarga berpendapatan rendah dan memperkukuh ekosistem penjagaan, ia sebenarnya sedang menyatakan satu prinsip peradaban, iaitu nilai seorang manusia tidak boleh ditentukan semata-mata oleh produktiviti ekonominya.
Belanjawan 2027 misalnya memperuntukkan RM1.3 bilion bagi bantuan warga emas untuk hampir 200,000 penerima. Bantuan keseluruhan kepada komuniti OKU pula meningkat kepada RM1.5 bilion bagi lebih 300,000 penerima, selain peningkatan bantuan kepada OKU terlantar, murid pendidikan khas dan guru pendidikan khas.
Peradaban perlu bertahan dengan ilmu
Sebuah peradaban dikenali melalui caranya memperlakukan mereka yang paling memerlukan perlindungan. Namun, peradaban juga tidak mungkin bertahan tanpa ilmu.
Belanjawan 2027 mengangkat pendidikan dengan memperuntukkan hampir RM69 bilion kepada Kementerian Pendidikan (KPM), di samping RM2 bilion bagi penyelenggaraan sekolah serta hampir RM1.3 bilion untuk menaik taraf 682 sekolah daif.
Menariknya, teks belanjawan mengaitkan pendidikan dengan pandangan ahli falsafah India, Thiruvalluvar bahawa negara unggul bukan sahaja makmur kekayaannya, tetapi tinggi keilmuan, budi dan akhlak rakyatnya. Ini sebenarnya inti penting pembinaan peradaban.
Kita boleh mengajar seorang anak menguasai kecerdasan buatan (AI), data raya atau teknologi kuantum. Namun, jika kemajuan ilmu tidak berjalan bersama kekuatan adab, integriti dan rasa tanggungjawab, teknologi itu belum tentu membina manusia yang lebih baik. Peradaban memerlukan ilmu dan adab berjalan seiring.
Begitu juga dalam soal pembangunan wilayah. Waad Nasional tidak seharusnya terhenti di pusat pemerintahan atau bandar utama. Ia mesti dirasakan di seluruh Persekutuan. Sebab itu penegasan Perjanjian Malaysia 1963 menjadi sebahagian Waad Nasional membawa makna penting. Sabah diperuntukkan RM18.7 bilion dan Sarawak RM16.2 bilion pada 2027, selain usaha memuktamadkan formula pemberian khas secara lebih adil dan mampan.
Keserataan wilayah ialah persoalan peradaban kerana kestabilan negara bergantung pada perasaan bahawa setiap wilayah mempunyai tempat yang bermaruah dalam projek kebangsaan.
Belanjawan ini juga menarik kerana Waad Nasional dikaitkan dengan institusi dan batas kekuasaan. Kerajaan menekankan Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal, Akta Perolehan Kerajaan dan pengukuhan audit bagi memastikan kuasa terhadap wang rakyat dapat dipantau.
Ini satu pengajaran besar dalam sejarah peradaban kerana negara tidak akan runtuh hanya kerana kekurangan kekayaan, tetapi negara boleh merosot apabila institusi kehilangan kewibawaan, kuasa tidak dibatasi dan amanah dikhianati.
Akhirnya, dimensi paling besar Belanjawan 2027 mungkin terletak pada gagasan tanggungjawab antara generasi. Dalam penutup belanjawan, Anwar mengingatkan negara tidak dibina untuk satu tahun fiskal, tetapi untuk satu generasi.
Tanggungjawab generasi hari ini bukan sekadar menikmati apa yang diwarisi, tetapi memperluas apa yang boleh diwariskan kepada mereka yang datang kemudian. Inilah makna sebenar peradaban. Peradaban ialah sebuah mata rantai antara mereka yang sudah pergi, mereka yang hidup hari ini dan mereka yang belum dilahirkan.
Justeru, kekuatan Belanjawan 2027 bukan sahaja pada keberaniannya melakukan reformasi atau besarnya peruntukan. Taring yang lebih penting ialah keberanian Anwar mengembalikan pertanyaan moral ke tengah-tengah pentadbiran negara dalam bentuk untuk siapa ekonomi dibangunkan, bagaimana kuasa harus digunakan dan Malaysia bagaimana yang mahu kita wariskan?
Jika Waad Nasional benar-benar diterjemahkan kepada keadilan, ilmu, adab, amanah, institusi yang kukuh dan kemuliaan insan (karamah insaniah), Belanjawan 2027 bukan sekadar membiayai sebuah negara malah ia sebenarnya sedang meletakkan batu asas kepada sebuah peradaban.
Penulis ialah Pensyarah Jabatan Sejarah & Tamadun, Kuliah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan Abdul Hamid Abu Sulaiman, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Setiausaha Agung Persatuan Sejarah Malaysia
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian08:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.