
Wakil 10 negara beredar ketika Presiden Israel mula berucap
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BAKU: Wakil lebih 10 negara, termasuk Turkiye, meninggalkan dewan pada Khamis ketika Presiden Israel, Isaac Herzog mula berucap pada sidang kemuncak ketujuh Persidangan Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) di Baku, ibu negara Azerbaijan. (Utusan Malaysia, 23:00)
Read the reporting
1 report
Wakil 10 negara beredar ketika Presiden Israel mula berucap
BAKU: Wakil lebih 10 negara, termasuk Turkiye, meninggalkan dewan pada Khamis ketika Presiden Israel, Isaac Herzog mula berucap pada sidang kemuncak ketujuh Persidangan Interaksi dan Langkah Membina Keyakinan di Asia (CICA) di Baku, ibu negara Azerbaijan.
Wakil negara berkenaan meninggalkan dewan sekitar tengah hari ketika Herzog memulakan ucapannya pada persidangan antarabangsa itu.
Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan bersama anggota delegasinya dilihat bangun dari tempat duduk sebelum meninggalkan dewan.
Wakil beberapa negara peserta lain turut meninggalkan dewan ketika presiden Israel itu mula berucap.
Fidan menghadiri sidang kemuncak ketujuh CICA di Baku bagi mewakili Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Menteri Luar Turkiye itu disambut Presiden Azerbaijan, Ilham Aliyev sebaik tiba, menurut sumber diplomatik.
Fidan turut mengadakan pertemuan dengan Aliyev di luar sidang kemuncak itu, menurut sumber berkenaan.
Beliau turut mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov, di luar sidang kemuncak ketujuh CICA itu.
Sumber diplomatik mengesahkan kedua-dua menteri luar berkenaan mengadakan rundingan di Baku.
Bagaimanapun, butiran lanjut mengenai perbincangan itu belum diperoleh setakat ini. – AGENSI
The post Wakil 10 negara beredar ketika Presiden Israel mula berucap appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia23:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.