Malaysian Attention Engine
Live wire
85General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon84General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar74Business : Govt To Provide 50 Acres Of KL Land Worth RM1 Bln For Bumiputera Agenda73Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing67Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara66Elaun pendidikan khas murid autistik meningkat ke RM200 sebulan66Semua doktor yang tamat latihan siswazah ditawarkan jawatan tetap secara automatik65General : Road Transport Act To Be Amended To Compel Compensation From Drunk Drivers - PM Anwar61Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat60General : Budget 2027: RM160 Mln Package To Boost e-Hailing, p-Hailing Workers' Income60Peruntukan Jualan Rahmah, Agro Madani naik kepada RM750 juta57Belanjawan 2027: Johor Bahru bakal laksana e-ART, Lembah Klang dapat RM100 juta atasi banjir kilat
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

Waktu itu mak ayah mereka selalu ada, kenapa saya seorang?

Only social or community posts, or a single source.

Attention
19
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 13:30 MYTLatest activity 9 Oct, 13:30BMconfidence 60%

What happened

PETALING JAYA – Penyanyi Azeva mendedahkan zaman kanak-kanaknya banyak dilalui secara bersendirian tanpa kehadiran ibu dan bapanya di sisi. (Kosmo!, 13:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·2 min read

Waktu itu mak ayah mereka selalu ada, kenapa saya seorang?

By NUR AL-FAIRUZA SYARFA NOR SAIDI · 9 Oct, 13:30 MYT

PETALING JAYA – Penyanyi Azeva mendedahkan zaman kanak-kanaknya banyak dilalui secara bersendirian tanpa kehadiran ibu dan bapanya di sisi.

Azeva atau nama lengkapnya Wan Azeva Natassha Wan Aminuddin, 25, bagaimanapun memahami kesibukan ibunya yang penerbit Datuk A. Aida, kerana terpaksa bekerja keras demi menyara keluarga.

“Ketika masih kecil, kebanyakannya saya seorang diri, mama dan ayah tiada. Mama pernah cerita dalam podcast sambil menangis, dia menyesal tak luangkan masa dengan anak dia.

“Tapi saya faham saja, bila dah besar saya baru terfikir mama kena kerja, besarkan kami seorang diri. Bukan dia sengaja nak tinggalkan kami.

“Waktu kecil memang sunyi, saya dengan patung Barbie saja. Sampai umur 11 atau 12 tahun baru ada seseorang, ketika itu ada adik, kalau tak membesar seorang diri,” katanya dalam sebuah audio siar.

Pelantun lagu Tanpa Rasa Jemu itu sering membandingkan nasib dirinya dengan rakan sebaya namun mula memahami realiti kehidupan selepas melangkah ke alam sekolah menengah.

“Masa sekolah saya tengok ibu bapa selalu datang pertandingan anak-anak mereka baru saya faham perasaannya. Saya suka banding-bandingkan, tengok kawan-kawan saya mak ayah mereka selalu ada, kenapa saya seorang saja?

“Tapi saya faham, macam orang kata kita tak dapat semua. Mungkin saya tak dapat keluarga yang lengkap.

“Kalau itu apa yang saya kena lalui untuk sampai ke tahap ini, saya tidak kisah. Mungkin Tuhan tak bagi saya keluarga lengkap tapi dia bagi benda lain, saya bersyukur,” ujarnya.

Dalam masa sama, Azeva turut berkongsi mengenai hubungan bersama bapanya yang juga penyanyi Ameng yang kian akrab selepas menyertai program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2).

“Ayah betul-betul kembali waktu TTMM2. Baru dia ada, kalau tak selama ini macam ada, tak ada.

“Kami berhubung tapi tiga bulan sekali. Selepas TTMM2, hampir setiap hari dia tanya perkembangan saya.

“Baru saya rasa ada seorang ayah walaupun selepas berusia 25 tahun,” kongsinya.

Terdahulu, Ameng dan A. Aida atau nama sebenarnya Zaidah Awang pernah mendirikan rumah tangga pada 1994, namun berpisah pada 2003.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Wan Az Aleesa, 30, dan Azeva. – KOSMO! ONLINE

The post Waktu itu mak ayah mereka selalu ada, kenapa saya seorang? appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:0015:0016:0017:00
Latest 17:19 MYT
19New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
9 Oct, 13:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    13:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Waktu itu mak ayah mereka selalu ada, kenapa saya seorang? · Malaysian Attention Engine