Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok50Muzik menyatukan kita - Nidji46Tuanku Muhriz invited to Conference of Rulers meeting, says report42Perkhidmatan Tabung Haji kembali pulih selepas serangan siber, simpanan pendeposit dijamin selamat42Batik Air batal penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah41World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport40General : Missing Malaysians In Nepal: Families Seek Financial Relief Framework39Jalan Kuching fatal crash: Driver tracked to Damansara hospital37‘We send oxygen when there’s no smoke’: Indonesian official brushes off haze criticism in Malaysia, Singapore37Khidmat tren KLIA Ekspres alami gangguan, kabel terputus37General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am37Belanjawan 2027 bukti tiada hasrat swastakan KTMB – Loke
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Warga China mangsa tikam, mohon bicara bekas teman lelaki dipercepat

Only social or community posts, or a single source.

Attention
20
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 15:11 MYTLatest activity 12 Oct, 15:11BMconfidence 60%

What happened

Warga China mangsa tikam, mohon bicara bekas teman lelaki dipercepat (Harian Metro, 15:11)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Warga China mangsa tikam, mohon bicara bekas teman lelaki dipercepat

By Dawn Chan · 12 Oct, 15:11 MYT

am@hmetro.com.my

Shah Alam: Penuntut universiti swasta warga China yang hilang fungsi kekal pada tangan kirinya selepas didakwa ditikam bekas teman lelaki, memohon perbicaraan kes dipercepatkan.

Mangsa yang juga saksi pendakwaan akan memberikan keterangan terhadap bekas teman lelakinya, menyatakan alasan sukar berulang-alik dari China bagi hadir prosiding mahkamah.

Saksi pertama pendakwaan, iaitu seorang pelajar yang merakam kejadian tikaman berkenaan tahun lalu, kini sedang memberikan keterangan dalam perbicaraan terbabit.

Wu Jialin, 21, dijangka dipanggil memberi keterangan di kandang saksi pada 28 Oktober ini terhadap You Wei, 22.

Wei didakwa menyebabkannya cedera parah dengan menikam leher mangsa menggunakan pisau di sebuah universiti swasta di Bandar Sunway pada 14 Julai tahun lalu.

Jialin hadir prosiding hari ini dengan memakai anduh di bahu kirinya selepas urat saraf pada tangan kirinya putus dalam kejadian itu, menyebabkan hilang fungsi secara kekal.

Beliau mengalami luka sedalam 10 sentimeter di lehernya yang memerlukan lebih 40 jahitan, didakwa dilakukan Wei, yang juga berasal dari China.

Walaupun bimbang mengenai kesihatan dan keselamatannya, Jialin menyatakan kesediaan kembali ke mahkamah pada bila-bila masa untuk memberi keterangan dan memastikan keadilan ditegakkan.

Selepas menamatkan pengajiannya, Jialin kini berulang-alik dari China khusus untuk menghadiri perbicaraan, diwakili barisan peguam pemerhati terdiri daripada Muhamad Saifullah Muhamad Azmi, M Partiben dan Chew Sin Yee

Peguamnya berkata, penangguhan berterusan kes akan menyebabkan perbelanjaan tambahan penerbangan antarabangsa, penginapan dan urusan visa, di samping potensi kerugian pendapatan atau pekerjaan.

"Kami juga bimbang kelewatan berterusan boleh menyebabkan dia tidak dapat hadir atau tidak mahu kembali ke Malaysia, yang berpotensi menjejaskan kemampuan pihak pendakwaan mendapatkan keterangannya.

"Sekiranya Jialin tidak dapat kembali dari China, pihak pendakwaan boleh kehilangan saksi utama yang seterusnya berpotensi menjejaskan kes pendakwaan," kata mereka.

Wei mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 21 Julai tahun lalu, atas kesalahan menyebabkan kecederaan parah kepada Jialin menggunakan senjata berbahaya yang boleh menyebabkan kematiannya.

Pertuduhan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kes dijalankan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, 'Ainul Bashiirah Dona Don Biyajid.

Sementara itu, peguam Wei, Revin Kumar berkata pihak pembelaan tidak boleh meneruskan prosiding tanpa dokumen lengkap Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah diserahkan kepada mereka.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow16:0017:00
Latest 17:47 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
12 Oct, 15:11 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    15:11

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Warga China mangsa tikam, mohon bicara bekas teman lelaki dipercepat · Malaysian Attention Engine