
WHO tidak mengetahui punca kes radang paru-paru di Russia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
MOSCOW: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan punca radang paru-paru yang meragut nyawa seorang pekerja makmal di sebuah institut penyelidikan antisampar di Russia masih belum diketahui. (Utusan Malaysia, 10:30)
Read the reporting
1 report
WHO tidak mengetahui punca kes radang paru-paru di Russia
MOSCOW: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan punca radang paru-paru yang meragut nyawa seorang pekerja makmal di sebuah institut penyelidikan antisampar di Russia masih belum diketahui.
Badan dunia itu turut menyatakan bahawa tiada kes sampar direkodkan setakat ini di negara tersebut.
Badan kawal selia kesihatan Russia memberitahu WHO ujian terhadap pekerja berkenaan dan individu yang pernah berhubung dengannya menunjukkan keputusan negatif bagi patogen berbahaya yang diuji.
Individu yang mempunyai kontak dengannya juga masih tidak menunjukkan sebarang gejala, manakala tiada kes baharu radang paru-paru teruk yang dikaitkan dengan kejadian itu dikesan, menurut WHO.
“Berdasarkan maklumat yang diberikan, WHO tidak menemukan bukti penularan berterusan yang berkaitan dengan kejadian ini. Ketidakpastian utama masih berpunca daripada ketiadaan diagnosis yang disahkan bagi pekerja makmal yang meninggal dunia itu,” menurut kenyataan berkenaan.
Pekerja itu jatuh sakit sebelum meninggal dunia pada 2 Oktober dalam keadaan yang tidak didedahkan, sekali gus mendorong pihak berkuasa mengkuarantinkan kira-kira 200 orang dan mencetuskan kebimbangan mengenai kesihatan awam di media sosial.
Media Russia mengenal pasti wanita itu sebagai Darya Shipilova, 28, seorang juruteknik makmal di Institut Penyelidikan Antisampar Siberia dan Timur Jauh di Irkutsk, wilayah Siberia.
Sampar pneumonik, iaitu jangkitan paru-paru yang disebabkan oleh bakteria Yersinia pestis yang lazimnya ditemukan pada mamalia kecil dan kutunya pada awalnya disyaki menjadi punca kematian itu.
Gabenor Buryatia yang berjiran dengan Irkutsk berkata, wanita itu meninggal dunia, mungkin akibat sampar.
Namun, badan pemantau kesihatan Russia, Rospotrebnadzor memberitahu wanita itu didiagnosis radang paru-paru yang puncanya tidak diketahui.
The post WHO tidak mengetahui punca kes radang paru-paru di Russia appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia10:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.