Malaysian Attention Engine
Live wire
54General : Rantau Panjang MP Siti Zailah Injured In Kuala Lipis Road Accident52Remaja dituduh bunuh pelajar politeknik46Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal terima respons bawah 15 minit45General : Haze: Boarding School Students Advised To Remain In Hostels During Closures - Fadhlina43AirAsia in talks with govt over potential funding support, sources say42World : Saudi Arabia Says 3 Killed In Attacks On Riyadh's King Khalid Airport42Bayi antara 2 maut kemalangan 4 kenderaan di Gua Musang37Miskin hina saya yang dulu tetap bangga jadi rakyat Malaysia – Stacy37Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching36Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35Malaysia terus diselubung jerebu, Indonesia perinci usaha tangani kebakaran35Agong berkenan terima menghadap Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota ATM
NewConfirmedupdated 4 h ago

Zairi Aziz mahu dikenali kerana bakat sendiri

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
20
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 07:01 MYTLatest activity 12 Oct, 07:02BMconfidence 80%

What happened

Mengakui nama kakaknya, pelakon senior Nasha Aziz, sedikit sebanyak membuka ruang untuknya dikenali dalam industri seni, pelakon meningkat naik, Zairi Aziz, tetap mahu membina kerjaya berdasarkan bakat dan kemampuan sendiri. (Berita Harian, 07:02)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Zairi Aziz mahu dikenali kerana bakat sendiri

By A’qilah Riduan · 12 Oct, 07:02 MYT

Mengakui nama kakaknya, pelakon senior Nasha Aziz, sedikit sebanyak membuka ruang untuknya dikenali dalam industri seni, pelakon meningkat naik, Zairi Aziz, tetap mahu membina kerjaya berdasarkan bakat dan kemampuan sendiri.

Zairi, 24, berkata, meskipun hubungan kekeluargaan itu memberi kelebihan dari segi pengenalan nama, dia percaya kemampuan seseorang untuk bertahan dalam industri lakonan tetap bergantung pada bakat, usaha dan kesungguhan memperbaiki diri.

Katanya, dia tidak mahu dikenali hanya kerana statusnya sebagai adik kepada pelakon berpengalaman itu, sebaliknya mahu membuktikan dirinya juga memiliki kemampuan untuk bersaing dalam industri seni tanah air.

"Memang betul saya dikenali sebagai adik kepada Nasha, tetapi bagi saya, perkara itu tidak semestinya memberikan kelebihan kepada seseorang. Kita boleh lihat ramai adik-beradik pelakon turut mencuba nasib dalam bidang lakonan, tetapi tidak semuanya mempunyai bakat.

"Saya sedar kedudukan saya sekarang mungkin sedikit sebanyak dibantu oleh nama Nasha. Namun, saya percaya walaupun tidak mempunyai latar belakang keluarga dalam industri, saya tetap mempunyai kemampuan untuk berada dalam bidang ini berdasarkan usaha dan kebolehan sendiri," katanya kepada BH Online.

Zairi berkata, peluang membintangi drama Kelas Belakang menjadi antara titik penting yang membuka ruang untuk orang ramai mula memberikan perhatian terhadap dirinya, sekali gus mengaitkan namanya dengan Nasha.

Bagaimanapun, dia tidak menganggap perkara itu sebagai kelebihan besar mahupun kekurangan yang perlu dirisaukan. Sebaliknya, dia memilih untuk terus menimba pengalaman dan memahami selok-belok industri bagi memantapkan kemahiran lakonan.

"Bagi saya, orang nak cakap saya adik Nasha Aziz atau apa pun, saya okey saja. Saya tahu perkara ini memerlukan masa untuk saya membuktikan kemampuan sendiri.

"Alhamdulillah, sepanjang setahun memberikan tumpuan kepada industri, saya sudah terbabit dalam pelbagai projek. Saya mahu membuktikan bahawa perkara ini bukan sekadar nama, tetapi turut membabitkan kemahiran dan kemahuan seseorang.

"Saya memang mempunyai keinginan yang besar untuk berada dalam industri ini dan percaya kemampuan saya membolehkan saya menjadi sebahagian daripadanya," katanya.

Pelakon itu bagaimanapun menyimpan harapan agar suatu hari nanti, namanya dikenali berdasarkan identiti dan pencapaian sendiri, tanpa perlu sentiasa dikaitkan dengan kakaknya.

"Suatu hari nanti, saya mahu orang menyebut nama Zairi Aziz, bukan sekadar mengatakan saya adik Nasha. Itulah yang akan membuatkan saya berpuas hati sebagai seorang pelakon, insya-Allah," katanya.

Dalam pada itu, Zairi mengakui sokongan Nasha banyak membantu perjalanan kerjayanya, terutama menerusi perkongsian nasihat dan panduan untuk mengharungi cabaran dalam bidang lakonan.

Antara pesanan yang sentiasa dipegangnya ialah menjaga privasi serta mengelakkan lakonan berlebihan sehingga penonton menyedari dirinya sedang berlakon.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow08:00
Latest 08:49 MYT
20New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
12 Oct, 07:02 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    07:02

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Zairi Aziz mahu dikenali kerana bakat sendiri
bharian.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.