
Zarah misteri daripada angkasa bantu Halzen rangkul Hadiah Nobel Fizik
Only social or community posts, or a single source.
What happened
AHLI Fizik Belgium, Francis Halzen berjaya memenangi Hadiah Nobel Fizik hasil penyelidikan inovatifnya membangunkan balai cerap menggunakan ais di Antartika bagi mengesan zarah yang berasal dari kawasan jauh di angkasa lepas, sekali gus memberikan gambaran baharu mengenai alam semesta. (Utusan Malaysia, 17:00)
Read the reporting
1 report
Zarah misteri daripada angkasa bantu Halzen rangkul Hadiah Nobel Fizik
AHLI Fizik Belgium, Francis Halzen berjaya memenangi Hadiah Nobel Fizik hasil penyelidikan inovatifnya membangunkan balai cerap menggunakan ais di Antartika bagi mengesan zarah yang berasal dari kawasan jauh di angkasa lepas, sekali gus memberikan gambaran baharu mengenai alam semesta.
Halzen mengetuai pembangunan Balai Cerap IceCube di Kutub Selatan yang menggunakan bongkah ais Antartika seluas satu kilometer padu dilengkapi sensor cahaya untuk mengesan zarah dikenali sebagai neutrino.
Akademi Sains Diraja Sweden berkata, hasil kerja Halzen menjadi asas penting kepada balai cerap berkenaan, selain membuka jalan kepada kaedah baharu dalam bidang astronomi.
“Hadiah tahun ini adalah mengenai ‘utusan misteri’ dari angkasa.
FRANCIS Halzen“Halzen diberi penghormatan atas sumbangan penting kepada Balai Cerap Neutrino IceCube dan penemuan neutrino berkuasa tinggi yang berasal daripada sumber astrofizik,” kata Setiausaha Agung Akademi Sains Diraja Sweden, Ellen Moons pada sidang media.
Menggunakan balai cerap itu, penyelidik dapat mengesan neutrino atau zarah subatom jarang ditemui daripada proses yang mempunyai tenaga amat tinggi di kawasan jauh di alam semesta.
Neutrino adalah zarah subatom yang sukar dikesan. Matahari menghasilkan neutrino dalam jumlah yang sangat besar, dengan berbilion-bilion daripadanya setiap saat melalui kawasan sebesar kuku manusia tanpa mendatangkan sebarang kesan.
Namun, IceCube mencari neutrino yang mempunyai tenaga jauh lebih tinggi, yang terhasil daripada proses ganas di luar sistem suria, termasuk di galaksi yang jauh.
“Tidak seperti zarah lain, neutrino sampai kepada kita tanpa mengubah arah atau kehilangan tenaga. Ini bermakna ia boleh memberikan maklumat yang tidak dapat diperoleh dengan cara lain.
“Neutrino kosmik dengan tenaga yang amat tinggi sangat jarang berlaku, jadi isipadu ais yang sangat besar diperlukan untuk mengesan jumlah pelanggaran yang mencukupi,” jelas jawatankuasa Nobel.
Halzen yang kini menjadi warga Amerika Syarikat (AS) dan berkhidmat di UniversitI Wisconsin-Madison berkata, beliau terkejut kerana ideanya berjaya mendapat perhatian dan membuahkan hasil yang begitu baik.
“Saya perlu tekankan betapa bertuahnya saya. Ketika kami memulakan projek ini, semua orang menyedari ia mungkin idea yang baik tetapi hanya segelintir yang menyangka ia akan berjaya, termasuk saya sendiri,” katanya.
Halzen mula mengemukakan idea mengenai balai cerap itu pada 1988 dan ia segera mendapat sokongan daripada penyelidik lain.
Ujian awal dijalankan hanya beberapa tahun kemudian, namun balai cerap itu hanya siap pada 2011 dan tidak lama kemudian menemui neutrino berkuasa tinggi yang pertama.
Balai cerap IceCube membolehkan ahli astronomi menyiasat fenomena yang tidak dapat dilihat melalui teleskop konvensional.
Halzen merupakan pemenang Nobel Fizik pertama sejak 1992 yang menerima penghormatan itu seorang diri tanpa berkongsi dengan penyelidik lain.
Namun, Pakar Astrofizik Neutrino Universiti Uppsala Sweden yang juga jurucakap kerjasama IceCube, Erin O’Sullivan berkata, amat wajar beliau menjadi satu-satunya penerima anugerah itu.
“Beliau benar-benar pencetus kepada keseluruhan projek ini dan meneruskannya sejak peringkat paling awal,” kata O’Sullivan kepada AFP.
Perdana Menteri Belgium, Bart De Wever menyampaikan ucapan tahniah kepada Halzen, sambil menyatakan beliau merupakan rakyat ke-11 dari negara itu yang berjaya memenangi Nobel dan yang kedua dalam bidang fizik.
“Pengiktirafan mengagumkan terhadap kehidupan yang didedikasikan untuk membongkar rahsia terbesar alam semesta melalui manifestasinya yang paling kecil,” kata De Wever dalam hantaran di X.
Ketika ditanya sama ada neutrino berkenaan mungkin membawa mesej daripada tamadun jauh di angkasa, Halzen mengakui ada spekulasi ini mungkin cara yang ideal untuk berkomunikasi dengan makhluk asing.
“Tetapi saya tidak fikir saya mahu pergi sejauh itu. Saya rasa kita mempunyai cukup banyak masalah nyata untuk ditangani ketika ini,” katanya.- UTUSAN
The post Zarah misteri daripada angkasa bantu Halzen rangkul Hadiah Nobel Fizik appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia17:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.