
Zverev lepas ujian getir Bublik
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Shanghai: Pilihan utama, Alexander Zverev terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Alexander Bublik dari Kazakhstan dalam pertarungan tiga set untuk mara ke suku akhir Masters Shanghai Masters. (Harian Metro, 12:01)
Read the reporting
1 report
Zverev lepas ujian getir Bublik
Shanghai: Pilihan utama, Alexander Zverev terpaksa berhempas pulas sebelum menewaskan Alexander Bublik dari Kazakhstan dalam pertarungan tiga set untuk mara ke suku akhir Masters Shanghai Masters.
Pemain Jerman itu menang 7-6 (6), 4-6, 7-6 (1) dalam aksi pusingan keempat yang berlangsung selama dua jam 38 minit.
Zverev melepaskan 15 ace dan menghasilkan 49 pukulan kemenangan, namun tetap diuji hebat oleh Bublik yang membalas dengan 20 ace dan 46 pukulan kemenangan.
Bublik berjaya menyelamatkan lima daripada enam peluang Zverev untuk mematahkan servisnya, tetapi lapan kesilapan double fault serta 36 kesilapan sendiri menjejaskan peluangnya untuk mencipta kejutan.
Zverev pula terpaksa menyelamatkan tiga mata set berturut-turut dalam tie-break set pertama sebelum mengesahkan kemenangan, sekali gus meneruskan kemaraan dalam kejohanan ATP Masters 1000 itu.
"Perlawanan yang sangat sukar. Saya mengalami sedikit masalah fizikal dan mungkin bergerak lebih perlahan. Buku lali saya kembali bermasalah.
"Saya mula merasai kesan terhadap tubuh saya, tetapi gembira kerana berjaya melepasi perlawanan ini," kata Zverev ketika ditemu bual di gelanggang.
Perlawanan itu juga menjadi aksi pertama Zverev sejak mengetahui pada Isnin bahawa dia sudah mengesahkan kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia pada penghujung tahun.
Zverev bakal berdepan pilihan kesembilan, Alex de Minaur dari Australia, di suku akhir selepas pemain itu menewaskan wakil Rusia, Karen Khachanov 6-3, 6-4.
Dalam aksi lain, pemain Sepanyol, Alejandro Davidovich Fokina bangkit daripada kekalahan set pertama untuk menewaskan Hubert Hurkacz dari Poland 1-6, 6-3, 7-6 (6) dalam tempoh dua jam empat minit.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:01
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.