Malaysian Attention Engine
Live wire
56Business : Govt Continues Servicing Legacy Debt Including 1MDB's, Seeks To Reduce New Borrowing - PM Anwar50'Dalam kesedihan begitu memedihkan, saya bersyukur Allah pinjamkan Hasmah begitu lama' - Tun M50Istana Selangor serah pada polis siasat menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor46Wan Azri bebas tuduhan dakwa kerajaan ‘pro-Israel, pro-Barat’43DKU Negeri Sembilan fail tindakan hina mahkamah terhadap MB dan 16 lain42General : No Payment Delays Affecting Pan Borneo Highway Project - Ahmad Maslan4227 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti41Business : DNB To Accelerate 5G Adoption, Drive Business Gains39Momen anak-anak cium tangan sebelum pergi sekolah sangat berharga- Syed Saddiq37Abbe Hae didakwa ditahan polis36Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’36General : MOF Denies Claims Of QR Payment Charges From Nov 1
NewConfirmedupdated 2 h ago

100 perlawanan, 743 hari: Peminat fanatik United masih belum boleh potong rambut

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 10:17 MYTLatest activity 19 Oct, 10:17MixedBMconfidence 80%

What happened

PENYOKONG fanatik Manchester United, Frank Ilett terus menjadi perhatian apabila cabarannya untuk tidak memotong rambut selagi kelab kesayangannya gagal memenangi lima perlawanan berturut-turut kini mencecah 100 perlawanan.Ilett yang lebih dikenali sebagai ‘The United Strand’ memulakan cabaran itu dengan satu syarat mudah iaitu hanya akan mendapatkan potongan rambut selepas The Red Devils mencatat lima kemenangan berturut-turut.Bagaimanapun, cabaran yang pada awalnya kelihatan seperti mudah kini bertukar menjadi penantian panjang apabila Manchester United masih gagal memenuhi syarat berkenaan. (Sinar Harian, 10:17)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·1 min read

100 perlawanan, 743 hari: Peminat fanatik United masih belum boleh potong rambut

By WARTAWAN SUKAN SINAR · 19 Oct, 10:17 MYT

PENYOKONG fanatik Manchester United, Frank Ilett terus menjadi perhatian apabila cabarannya untuk tidak memotong rambut selagi kelab kesayangannya gagal memenangi lima perlawanan berturut-turut kini mencecah 100 perlawanan.Ilett yang lebih dikenali sebagai ‘The United Strand’ memulakan cabaran itu dengan satu syarat mudah iaitu hanya akan menggunting rambut selepas The Red Devils mencatat lima kemenangan berturut-turut.Bagaimanapun, cabaran yang pada awalnya kelihatan seperti mudah kini bertukar menjadi penantian panjang apabila Manchester United masih gagal memenuhi syarat berkenaan.Lebih menarik, sepanjang cabaran itu berlangsung, United sudah menyaksikan lima pengurus mengambil alih pasukan namun tiada seorang pun berjaya 'membantu' Ilett memastikan dia dapat menggunting rambut.Segalanya bermula ketika Erik ten Hag mengemudi United tetapi pengendali dari Belanda itu gagal membawa pasukan mencatat lima kemenangan berturut-turut sebelum meninggalkan kelab berkenaan.Pengendali interim, Ruud van Nistelrooy kemudian menghidupkan harapan apabila membimbing United meraih dua kemenangan berturut-turut. Namun, beliau tidak sempat melengkapkan misi itu sebelum Ruben Amorim dilantik sebagai pengurus baharu.Amorim turut gagal memenuhi sasaran berkenaan apabila United tidak mampu mencatat lebih daripada tiga kemenangan berturut-turut sepanjang tempoh kendaliannya. Selepas dipecat, beliau meneruskan karier bersama AC Milan, sedangkan rambut Ilett terus dibiarkan panjang.Selepas itu, giliran Darren Fletcher mengambil alih tugas sebagai pengendali interim, namun beliau hanya mengemudi pasukan dalam dua perlawanan dan kedua-duanya tidak berakhir dengan kemenangan.Harapan kembali menyala apabila Michael Carrick mengambil alih pasukan dan memberikan impak segera menerusi kemenangan ke atas Manchester City, Arsenal, Fulham serta Tottenham Hotspur.Empat kemenangan berturut-turut itu menyaksikan Ilett semakin hampir menamatkan penantian, namun West Ham United menjadi penghalang terakhir apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1. Keputusan itu memusnahkan peluang United untuk melengkapkan lima kemenangan berturut-turut sekali gus memaksa cabaran berkenaan bermula semula.Kini, selepas 100 perlawanan dan 743 hari tanpa potongan rambut, Ilett sekali lagi terpaksa menunggu apabila United kembali berada pada kedudukan tanpa kemenangan berturut-turut.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 33NEWnow11:00
Latest 11:20 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
19 Oct, 10:17 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    10:17

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.