Malaysian Attention Engine
Live wire
44Politics : Melaka Polls: PH Candidates Must Build Strong Campaign Machinery - Ramanan39Deaths confirmed after 'serious incident,' fire at Canada military base in Alberta39Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah35Polis Kelantan buka 2 kertas siasatan isu tular aktivis media sosial dan komuniti Rohingya35Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB35Politics : GRS Needs To Prioritise Sabah, Coalition Over Personal Interests – Hajiji35Rusuhan di Paris: 'Kami terperangkap kerana kanan dan kiri tiada jalan keluar'34General : Perak Closes Forest Reserve Hiking Trails, Recreational Activities During Monsoon34Belgian police fire tear gas at protesters34PSM tak halang pemain beraksi di Thailand33‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’33Bukan penonton tidak hargai, tapi tidak dilatih tonton filem ‘biopik’ – Aziz M. Osman
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 16:46 MYTLatest activity 18 Oct, 16:46BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Modus operandi kumpulan pengganas kini dikesan semakin licik dan membimbangkan apabila mereka mula menyasarkan kanak-kanak serta remaja seawal usia 12 hingga 15 tahun melalui platform permainan video dalam talian, Roblox. (Utusan Malaysia, 16:46)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’

By ARIF AIMAN ASROL · 18 Oct, 16:46 MYT

KUALA LUMPUR: Modus operandi kumpulan pengganas kini dikesan semakin licik dan membimbangkan apabila mereka mula menyasarkan kanak-kanak serta remaja seawal usia 12 hingga 15 tahun melalui platform permainan video dalam talian, Roblox.

Bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, taktik penyebaran fahaman ekstremis itu kini beralih ke alam maya bagi mempengaruhi pemikiran generasi muda negara.

Beliau berkata, jika dahulu proses perekrutan dilakukan secara bersemuka menerusi sesi tertutup, kini golongan muda didekati melalui ruang permainan digital sebelum dibawa ke kumpulan perbualan tertutup untuk proses indoktrinasi.

“Kita dapat kesan budak-budak umur 12, 14, 15 tahun sudah mula direkrut melalui permainan Roblox. Di situ mereka diasuh dan dididik untuk melancarkan serangan keganasan,” katanya ketika menjadi panelis Konvensyen Mawlid Perdana 6.0 di Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE, di sini.

Konvensyen itu anjuran gabungan pertubuhan India Muslim, termasuk Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (PERMIM) dan Ikatan Muslim India Malaysia (IMIM).

Mengulas lanjut, Ayob Khan mengingatkan masyarakat supaya tidak memandang ringan ancaman fahaman Salafi Jihadi yang boleh mendorong pengikutnya menghalalkan keganasan atas nama agama.

Menurutnya, bahaya fahaman itu terbukti menerusi insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada 2024 yang menyaksikan anggota polis menjadi sasaran keganasan.

Beliau turut mendedahkan ketaksuban melampau dalam kalangan pengikut fahaman berkenaan sehingga ada ahli keluarga yang berbangga dengan kematian anggota keluarga terbabit dalam keganasan, kononnya sebagai syahid.

“Fahaman ini akan kekal wujud sampai hari kiamat jika tidak dibendung. Biarpun kumpulan pengganas Daesh dilihat melemah, ideologi radikal mereka masih meresap dalam pelbagai bentuk moden,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menegaskan kepentingan undang-undang pencegahan yang berkesan bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan awal sebelum ancaman keganasan menjadi lebih serius.

Menurut Ayob Khan, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum ini membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap individu yang menyebarkan fahaman ekstremis tanpa perlu menunggu proses lain yang boleh melambatkan tindakan.

“Kalau dulu ada ISA, kita boleh ambil tindakan. Tidak perlu tunggu pejabat agama. Berapa banyak operasi yang kita buat untuk menangkap orang yang menyebarkan fahaman sesat.

“Memanglah ramai penceramah politik yang mengatakan ISA ini zalim dan sebagainya, tetapi itulah undang-undang paling berkesan untuk digunakan bagi memulihkan elemen-elemen militan,” katanya.

Beliau turut menggesa umat Islam di negara ini supaya berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Waljamaah berteraskan Asyairah dan Maturidiyyah serta bermazhab Syafii bagi memelihara perpaduan dan keamanan negara daripada ancaman fahaman ekstremis. – UTUSAN

The post Ancaman militan rekrut budak 12 tahun guna ‘Roblox’ appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow17:00
Latest 17:09 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 16:46 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    16:46

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.