
13 letusan baharu Anak Krakatau dikesan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Jakarta: Gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia menunjukkan aktiviti baharu, merekodkan sekurang-kurangnya 13 letusan pada Jumaat sekali gus mendorong pihak berkuasa menaikkan status amarannya kepada Tahap III, tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran gunung berapi empat peringkat negara itu. (Harian Metro, 11:02)
Read the reporting
1 report
13 letusan baharu Anak Krakatau dikesan
Jakarta: Gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia menunjukkan aktiviti baharu, merekodkan sekurang-kurangnya 13 letusan pada Jumaat sekali gus mendorong pihak berkuasa menaikkan status amarannya kepada Tahap III, tahap kedua tertinggi dalam sistem amaran gunung berapi empat peringkat negara itu.
Menurut Agensi Geologi, amaran itu dinaikkan dari Tahap II, berkuat kuasa 9 malam waktu tempatan pada Jumaat, berikutan penilaian aktiviti gunung berapi sejak awal bulan ini.
"Tanda-tanda peningkatan aktiviti pada skala rendah mula muncul pada awal Oktober 2026," menurut agensi itu dalam penilaiannya bertarikh 9 Okt walaupun ia menyatakan bahawa pemantauan seismik tidak menunjukkan peningkatan keseluruhan yang ketara dalam gempa bumi gunung berapi.
Anak Krakatau, yang terletak di Selat Sunda antara Jawa dan Sumatera, telah diturunkan taraf kepada Tahap II pada 21 Sept berikutan pengurangan aktiviti gunung berapi, selepas kekal di Tahap III sejak awal September.
Aktiviti terbaharu itu susulan siri letusan besar pada awal September yang menyembur abu gunung berapi ke atmosfera, memaksa penutupan sementara lapangan terbang dan mengganggu 2,961 penerbangan membabitkan kira-kira 341,000 penumpang.
Menurut laporan letusan yang disiarkan pada laman web Pusat Vulkanologi dan Tebatan Bahaya Geologi (PVMBG), letusan yang dicatatkan pada Jumaat termasuk satu letusan pada 4.17 petang yang melepaskan tiang abu 250 meter di atas puncak, diikuti letusan pada 4.30 petang dengan tiang abu setinggi 150 meter.
Sebelas lagi letusan direkodkan antara 6.28 petang dan 9.20 malam walaupun tiang abu tidak dapat diperhatikan, manakala pemantauan seismik seharian PVMBG merekodkan 26 gempa bumi letusan.
Agensi Geologi melarang penduduk, pelawat dan pelancong memasuki radius lima kilometer pusat letusan dan kawasan dalam jarak satu kilometer daripada dua pulau yang baru terbentuk di barat laut dan tenggara Anak Krakatau, memberikan amaran mengenai batu gunung berapi, hujan abu tebal, aliran lava dan letusan sekunder.
Ia juga menggesa masyarakat pesisir pantai di wilayah Banten dan Lampung supaya bertenang, mengelak daripada menyebarkan dakwaan tsunami yang tidak disahkan dan mematuhi arahan keselamatan rasmi.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro11:02
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.