
1,485 perajurit muda tamat latihan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
1,485 perajurit muda tamat latihan (Harian Metro, 15:43)
Read the reporting
1 report
1,485 perajurit muda tamat latihan
harisfadli@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Seramai 1,485 Perajurit Muda (PM) lelaki Siri 206/26 berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan selama enam bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), di Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam.
Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, hanya individu yang benar-benar layak, cekal dan berani mampu menyarung uniform keramat itu.
"Seramai 1,485 PM berjaya menamatkan Latihan Asas Ketenteraan selama enam bulan dalam Perbarisan Tamat Latihan penuh rejimental di Padang Kawad PUSASDA, Port Dickson, di Negeri Sembilan.
"Upacara perbarisan disempurnakan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Haji Malek Razak Sulaiman, diiringi oleh Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman," katanya.
TDM berkata, latihan intensif yang direka bentuk sebagai medan saringan mental, 'disiplin besi' dan integriti mutlak ini menuntut komitmen tanpa kompromi daripada anggota terbabit.
Katanya, lima daripada mereka menunjukkan kecekalan dan kecemerlangan luar biasa dan dinobatkan sebagai pelatih terbaik, antaranya anugerah Keseluruhan Terbaik dimenangi oleh Muhammad Akram Syazwan Farizal dari Rejimen Askar Melayu Diraja.
Anugerah Kawad Terbaik dianugerahkan kepada Muhammad Syahran Hakimi Samsaimun dari Kor Jurutera Elektrik dan Jentera Diraja (KJLJD); Akademik Terbaik (Mohd Afiq Izzuddin Azman); dan Jasmani Terbaik (Mohamad Zaqrul Zakwan Khairul Anuar).
Katanya, kumpulan baharu ini secara langsung bakal memperkukuh kesiagaan tempur dan menyokong kerangka pembangunan Angkatan Masa Hadapan (AMH) ATM yang berkeupayaan tinggi, lincah dan kalis cabaran dalam mendepani spektrum ancaman keselamatan semasa.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.