Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Dept Heads Should Leverage Hybrid Workday Policy, Adapt To Haze Conditions50Yuran peperiksaan RM15 jadi ingatan Hajiji, pendidikan anak miskin mesti dibela4525,000 ziarah pusara Tun Hasmah, ubati kesedihan Tun Mahathir45General : Prisons Dept In Final Stage Of Drafting House Arrest Regulations – Saifuddin Nasution44Politics : Melaka Polls: Undi18, Automatic Registration Of Voters Give Challenges To BN42Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB40Politics : GRS Needs To Prioritise Sabah, Coalition Over Personal Interests – Hajiji39Two killed, including 6-year-old, when truck drives through Kansas youth football match: Police38General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre3727 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti3675 peratus tahanan 41 penjara terlibat kes dadah36Rodtang meriahkan Muay Thai LAGA 2026
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 16:57 MYTLatest activity 18 Oct, 16:57BMconfidence 60%

What happened

RAWANG - Taktik membeli minyak diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak berhampiran menggunakan 'fleet card' sebelum dipindahkan dan disimpan secara haram di sebuah stor di sini terbongkar dalam serbuan pada Ahad.Serbuan kira-kira jam 10.30 pagi menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) itu membawa kepada rampasan 11,900 liter minyak diesel bersubsidi dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM82,482.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, operasi itu dijalankan pasukan penguat kuasa KPDN Selangor dengan kerjasama Polis Dira (Sinar Harian, 16:57)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Taktik seleweng diesel bersubsidi guna 'fleet card' terbongkar

By MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI · 18 Oct, 16:57 MYT

RAWANG - Taktik membeli minyak diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak berhampiran menggunakan 'fleet card' sebelum dipindahkan dan disimpan secara haram di sebuah stor di sini terbongkar dalam serbuan pada Ahad.Serbuan kira-kira jam 10.30 pagi menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) itu membawa kepada rampasan 11,900 liter minyak diesel bersubsidi dengan nilai keseluruhan sitaan berjumlah RM82,482.Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor, Muhamad Hanif Asa'ari berkata, operasi itu dijalankan pasukan penguat kuasa KPDN Selangor dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menurutnya, serbuan di sebuah stor tidak bernombor itu dilakukan hasil maklumat dan risikan serta pengesanan aktiviti disyaki penyelewengan diesel bersubsidi di kawasan berkenaan."Hasil serbuan, kita menyita 11,900 liter minyak diesel bersubsidi bersama pelbagai aset logistik yang dipercayai digunakan bagi kegiatan penyelewengan."Antara yang dirampas ialah sebuah lori tangki, sebuah lori jenis bonded, 12 tangki IBC tambahan, tiga set hos getah penyambung dan sebuah pam penyedut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.Beliau berkata, dua lelaki warga tempatan berusia 29 dan 68 tahun turut ditahan bagi membantu siasatan.Katanya, kedua-dua lelaki itu masing-masing dipercayai bertugas sebagai penjaga stor dan pemandu lori tangki.Muhamad Hanif berkata, modus operandi sindiket dikesan menggunakan taktik pemalsuan dan penyalahgunaan 'fleet card' untuk mendapatkan bekalan diesel bersubsidi."Pihak ketiga akan membeli diesel bersubsidi di beberapa stesen minyak berhampiran menggunakan 'fleet card' sebelum minyak berkenaan dipindahkan terus ke dalam lori pembeli."Minyak yang dikumpulkan kemudian dibawa dan disimpan di stor haram di Rawang sebelum disedut keluar menggunakan lori tangki untuk dihantar dan dijual kepada pihak industri atau pembeli lain," katanya.Beliau berkata, kertas siasatan dibuka mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) bagi mengenal pasti individu atau syarikat yang terlibat, termasuk rantaian pengedaran diesel berkenaan."Kes turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613)."Individu yang disabitkan kesalahan di bawah Akta 122 boleh dikenakan denda sehingga RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama," katanya.Bagi kesalahan berikutnya, jelasnya, individu terbabit boleh dikenakan denda sehingga RM3 juta atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali."Syarikat atau badan berkanun boleh dikenakan denda sehingga RM2 juta bagi kesalahan pertama dan sehingga RM5 juta bagi kesalahan berikutnya," katanya.Beliau menegaskan KPDN Selangor tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terbabit dalam kegiatan penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi."KPDN Selangor akan terus menggerakkan anggota penguat kuasa menerusi Ops Tiris 4.0 (Bersepadu) bagi membendung kegiatan haram ini sekali gus menyelamatkan wang subsidi negara."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyelewengan barang kawalan dan bersubsidi boleh menyalurkan aduan menerusi WhatsApp di talian 019-848 8000, Pusat Panggilan 1-800-886-800, e-mel e-aduan@kpdn.gov.my atau aplikasi Ez ADU KPDN," katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow18:00
Latest 18:09 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
18 Oct, 16:57 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    16:57

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.