
Krisis Asia Barat: Lebih 1,000 pelajar Kelantan selamat
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KOTA BHARU: Lebih 1,000 pelajar Kelantan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang melanjutkan pengajian di beberapa negara Asia Barat, dilaporkan selamat meskipun rantau itu berdepan situasi bergolak. (Utusan Malaysia, 16:31)
Read the reporting
1 report
Krisis Asia Barat: Lebih 1,000 pelajar Kelantan selamat
KOTA BHARU: Lebih 1,000 pelajar Kelantan di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang melanjutkan pengajian di beberapa negara Asia Barat, dilaporkan selamat meskipun rantau itu berdepan situasi bergolak.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Teknologi Hijau, Digital dan Inovasi negeri, Datuk Wan Roslan Wan Hamat berkata, setakat proses pengajian masih berjalan dan masing-masing berada dalam keadaan terkawal.
“Buat masa ini, semua pelajar terbabit masih meneruskan pengajian seperti biasa dan kita sentiasa berhubung dengan pelajar-pelajar di sana secara dalam talian.
“Kerajaan Negeri Kelantan sendiri turut menyediakan tiga pegawai di sana khusus untuk menjaga kebajikan pelajar-pelajar kita,” katanya semasa sidang media penganjuran Karnival Rakyat Kelantan: Sambutan 36 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.
Wan Roslan berkata, Kelantan turut mencatatkan pertambahan 147 pelajar yang baru dihantar untuk memulakan pengajian semester pertama di beberapa negara Asia Barat.
Katanya, daripada jumlah itu, seramai 93 pelajar memulakan pengajian di Mesir, 17 di Tunisia dan 13 di Jordan.
“Setakat ini, kita mempunyai lebih 500 pelajar di Mesir, 200 pelajar di Jordan dan hampir 30 pelajar di Madinah. Kita juga mempunyai ramai pelajar di Riyadh dan Universiti Ummul Al-Qura, Mekah,” ujarnya.
Media sebelum ini melaporkan seramai 19 orang maut manakala 364 lagi cedera dalam serangan kumpulan Houthi dari Yaman ke atas beberapa lapangan terbang di Arab Saudi, termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh dan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha. – UTUSAN
The post Krisis Asia Barat: Lebih 1,000 pelajar Kelantan selamat appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia16:31
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.