
16 kawasan pelancongan dipantau menerusi program Patuh
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kawasan tumpuan pelancongan di seluruh negara menjadi fokus pelaksanaan Program Zon Tumpuan Pelancongan Patuh (ZTPP) bagi memastikan urus niaga lebih telus, selain melindungi hak pengguna dan pelancong. (Utusan Malaysia, 12:43)
Read the reporting
1 report
16 kawasan pelancongan dipantau menerusi program Patuh
KUALA LUMPUR: Sebanyak 16 kawasan tumpuan pelancongan di seluruh negara menjadi fokus pelaksanaan Program Zon Tumpuan Pelancongan Patuh (ZTPP) bagi memastikan urus niaga lebih telus, selain melindungi hak pengguna dan pelancong.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr. Fuziah Salleh berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memperluas inisiatif Patuh menerusi program ZTPP yang diperkenalkan tahun ini.
“KPDN memperluaskan pendekatan PATUH melalui pelaksanaan ZTPP pada tahun 2026, yang memfokuskan kepada 16 kawasan tumpuan pelancongan di seluruh negara.
“Program ini dilaksanakan secara berperingkat bagi memastikan kawasan tumpuan pelancongan mempunyai persekitaran urus niaga yang telus, pemaparan harga yang jelas serta perlindungan hak pengguna dan pelancong yang lebih berkesan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Hassan Saad (PN-Baling) yang meminta kerajaan menyatakan apakah petunjuk prestasi bagi menilai keberkesanan Program Zon Tumpuan Pelancongan Patuh (ZTPP) dalam mengurangkan aduan harga keterlaluan.
Tambah Fuziah, keberkesanan pelaksanaan program ZTPP dinilai berdasarkan tiga bidang utama yang ditetapkan sebagai petunjuk prestasi, dengan pematuhan peniaga menerima wajaran tertinggi sebanyak 70 peratus.
“Penilaian ini merangkumi pematuhan terhadap peraturan penandaan harga, penggunaan alat timbang dan sukat yang telah ditentusahkan serta pematuhan terhadap perundangan perdagangan.
“Bidang kedua ialah kebersihan dan keceriaan yang diberikan wajaran sebanyak 25 peratus, meliputi aspek pengendalian makanan, kebersihan kawasan dalaman dan luaran premis serta kerjasama dengan agensi berkaitan seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), termasuk dalam memastikan amalan kebersihan dan keselamatan makanan dipatuhi.
“Baki lima peratus pula diberikan kepada aspek penglibatan dan kerjasama peniaga dalam aktiviti promosi, termasuk komitmen mereka dalam menjayakan program Patuh serta memastikan amalan perniagaan yang baik diteruskan secara konsisten.
“Pelaksanaan program Patuh diharapkan dapat meningkatkan tahap pematuhan peniaga, memperkukuh integriti urus niaga serta memberikan perlindungan lebih baik kepada pengguna,” katanya. – UTUSAN
The post 16 kawasan pelancongan dipantau menerusi program Patuh appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia12:43
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.