Malaysian Attention Engine
Live wire
45General : Chinese Investors Eye Major Aluminium Investment In Sarawak - Ahmad Zahid40Najib sudah terima dokumen perintah tahanan rumah, mekanisme dirahsiakan - Peguam39Harris warns window closing for AI safeguards, urges US-China cooperation37Lelaki dipenjara lapan tahun tampar, pukul, paksa kanak-kanak makan najis37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi36Tiada saksi kejadian, CCTV di asrama sekolah - penyiasat polis36General : Mini Tornado In Damansara Caused By Active Thunderstorm Clouds, Says MetMalaysia36Penjual buah maut, gerai dirempuh lori balak35Budak lima tahun maut dirempuh kereta pandu melulu di Jalan Kuching35World : IMF Chief Urges Urgent Fiscal Action As Global Economic Resilience Reaches Limits35Soon Huat-Shevon lolos, ujian getir menanti34New Zealand's international tourism nears pre-pandemic levels
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

19 kes DNAA: AG wajib kemuka alasan supaya tidak ditohmah wujud sistem pilih kasih – Peguam

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 19:40 MYTLatest activity 14 Oct, 19:40BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Peguam Negara diwajibkan untuk membuat satu kenyataan media penuh berserta dengan alasan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) bagi kes yang melibatkan ahli politik, penjawat awam JUSA ke atas atau kes yang melibatkan jumlah wang yang besar seperti kes membabitkan amaun melebihi RM1 juta. (Utusan Malaysia, 19:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·3 min read

19 kes DNAA: AG wajib kemuka alasan supaya tidak ditohmah wujud sistem pilih kasih – Peguam

By . UTUSAN MALAYSIA · 14 Oct, 19:40 MYT

KUALA LUMPUR: Peguam Negara diwajibkan untuk membuat satu kenyataan media penuh berserta dengan alasan pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) bagi kes yang melibatkan ahli politik, penjawat awam JUSA ke atas atau kes yang melibatkan jumlah wang yang besar seperti kes membabitkan amaun melebihi RM1 juta.

Menurut Peguam bela dan Peguam cara, Dr Zulqarnain Lukman berkata, alasan tersebut perlu disiarkan di dalam laman web Pejabat Peguam Negara (AGC) supaya ia kekal menjadi bahan rujukan dan lebih penting untuk mengelakkan tohmahan bahawa wujud sistem pilih kasih.

Beliau berkata, undang-undang berkaitan DNAA ini telah termaktub di dalam Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah dan ia adalah undang-undang yang sah dan telah diguna pakai semenjak sekian lama.

Namun, katanya, persoalan yang bermain di fikiran rakyat adalah adakah orang politik boleh mendapat faedah daripada penggunaan seksyen ini kerana faktor mereka akrab dengan pihak yang mempunyai kuasa atau adakah apa-apa tekanan politik yang menyebabkan mereka mendapat DNAA.

“Jika terlalu ramai ahli politik yang pada mulanya dituduh di Mahkamah dan kemudiannya dilepaskan secara DNAA ini mewujudkan jurang defisit keyakinan (trust deficit) dan ini adalah suatu perkara yang tidak bagus,” katanya hari ini.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sebanyak 19 kes membabitkan 12 ahli politik diberikan DNAA di Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah seluruh negara, antara 2010 hingga Julai lalu.

Azalina berkata, jumlah itu berdasarkan input diterima daripada Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) serta semakan terhadap rekod kes jenayah di mahkamah.

Zulqarnain berkata, jawapan Azalina itu juga adalah satu jawapan yang tergantung apabila beliau enggan mendedahkan nama siapakah ahli politik yang diberikan DNAA.

Katanya, setakat yang dilaporkan ada dua kes ahli politik yang mendapat manfaat DNAA iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkaitan 47 pertuduhan berkaitan Yayasan Akalbudi (2023) dan Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan kes pengubahan wang haram (2025).

“Kedua-dua kes ini mendapat perhatian ramai kerana melibatkan tokoh politik terkemuka dan ini mewajarkan rakyat untuk bertanya sama ada wujud ‘pilih kasih’.

“Walaupun dinyatakan bahawa seseorang tertuduh yang dikenakan DNAA boleh dituduh balik tetapi amalannya adalah orang tersebut tidak akan dituduh semula,” katanya.

Mengulas lanjut, Zulqarnain berkata, fungsi asal DNAA di bawah seksyen 254 itu perlu dikembalikan kerana jika pendakwa raya berasa bukti tidak cukup mereka boleh lepaskan dan sambung siasatan.

Katanya, setelah siasatan lengkap mereka boleh membuat pertuduhan semula. Begitu juga jika berlaku keadaan yang mana saksi utama sakit, mati atau lari yang boleh menyebabkan pendakwa raya kalah kes, adalah lebih baik untuk pendakwa raya memohon DNAA untuk mengelakkan membazir masa dan kos.

“Masalah di bawah seksyen 254 ini adalah tiada tempoh masa ditetapkan untuk pendakwa raya membuka pertuduhan semula. Bayangkan jika hal itu tertangguh selama 10 tahun maka ia akan menyusahkan saksi dan pihak-pihak.

“Misalnya dalam kes Ahmad Zahid yang mendapat DNAA pada tahun 2023 sehingga kini tiada apa-apa kemaskini status dimaklumkan kepada rakyat,” katanya.

Untuk menambah baik seksyen 254, katanya, suatu tempoh masa perlu ditetapkan contohnya 24 bulan masa diberikan kepada pendakwa raya untuk melengkapkan siasatan dan membuat pertuduhan semula.

Begitu juga, setiap kali DNAA diberikan pihak Peguam Negara (Pendakwa Raya) hanya mengatakan ‘berdasarkan fakta dan bukti’ dan ini menyebabkan rakyat tertanya-tanya apakah bukti yang dimaksudkan.

“Selain itu, Peguam Negara perlu diwajibkan untuk memberikan laporan setiap tahun kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen berkaitan undang-undang supaya ia dapat diteliti oleh anggota jawatankuasa dan seterusnya jawatankuasa boleh membuat pengesyoran terhadap tatacara atau garis panduan berkaitan isu ini,” katanya. – UTUSAN

The post 19 kes DNAA: AG wajib kemuka alasan supaya tidak ditohmah wujud sistem pilih kasih – Peguam appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow20:00
Latest 20:42 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
14 Oct, 19:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    19:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.