
19 negara kecam Colombia buka kedutaan di Baitulmaqdis
Only social or community posts, or a single source.
What happened
ISTANBUL: Menteri luar dari 19 negara pada Jumaat mengecam sekeras-kerasnya tindakan Colombia merasmikan kedutaannya di Baitulmaqdis, lapor Anadolu Ajansi (AA). (Berita Harian, 19:41)
Read the reporting
1 report
19 negara kecam Colombia buka kedutaan di Baitulmaqdis
ISTANBUL: Menteri luar dari 19 negara pada Jumaat mengecam sekeras-kerasnya tindakan Colombia merasmikan kedutaannya di Baitulmaqdis, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan Kementerian Luar Turkiye, menteri berkenaan menyatakan "penolakan secara mutlak" terhadap keputusan itu.
Mereka berkata langkah berkenaan melanggar resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menjejaskan usaha antarabangsa untuk mencapai keamanan yang adil dan berkekalan berdasarkan penyelesaian dua negara.
Kenyataan itu dikeluarkan menteri luar Turkiye, Malaysia, Algeria, Djibouti, Mesir, Indonesia, Jordan, Kuwait, Lubnan, Libya, Oman, Pakistan, Palestin, Qatar, Arab Saudi, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman.
Mereka menegaskan semula bahawa sebarang langkah atau keputusan yang bertujuan mengubah status perundangan atau sejarah Baitulmaqdis yang diduduki, atau mengiktiraf bandar itu sebagai ibu negara Israel, "adalah terbatal dan tidak sah serta tidak mempunyai kesan undang-undang."
Mereka merujuk Resolusi 476 dan 478 Majlis Keselamatan PBB, kedua-duanya diterima pakai pada 1980, yang menolak percubaan untuk mengubah sifat atau status Baitulmaqdis serta menggesa negara supaya memindahkan misi diplomatik masing-masing dari bandar itu.
Kenyataan itu menyifatkan Baitulmaqdis sebagai sebahagian daripada wilayah Palestin yang diduduki sejak 1967.
Menteri berkenaan menggesa kerajaan Colombia mempertimbangkan semula dan menarik balik keputusan itu, mendukung kewajipannya di bawah undang-undang antarabangsa serta mengelakkan langkah yang boleh menjejaskan hak sah rakyat Palestin.
Mereka turut menegaskan semula sokongan terhadap hak rakyat Palestin untuk memiliki sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara. – BERNAMA-ANADOLU
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian19:41
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.