Malaysian Attention Engine
Live wire
65RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202755Ibu dakwa hantaran WhatsApp sebar naratif kes Zara Qairina beri tekanan emosi48Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor45Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM45Buruh didakwa rogol, amang seksual anak tiri4529 warga China, Kemboja disyaki 'scammer' didenda hingga RM10,000 atas kesalahan imigresen44General : eISBN Applications Rise 78.07 Pct In 2025 - National Unity Ministry44King calls for schools to close if API stays above 150-180 for prolonged period432 pegawai SPRM, bekas pegawai diperintah bela diri kes rompak hampir RM950,00042Zara’s mum chokes up as voice recording plays during inquest41Trump says he will not attack before US elections in November41General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
AcceleratingConfirmedupdated 21 min ago

2 pegawai SPRM, bekas pegawai diperintah bela diri kes rompak hampir RM950,000

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
43
+100% / 60 min
Momentum
52
2 vs 1 mentions/h
Sources
6
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 13:49 MYTLatest activity 9 Oct, 14:45BMconfidence 93%

What happened

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan keputusan pembebasan dua pegawai SPRM yang masih berkhidmat dan seorang bekas pegawai yang didakwa merompak seorang ahli perniagaan warga China hampir RM1 juta. KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi memerintahkan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang masih berkhidmat dan seorang bekas pegawai membela diri berhubung dakwaan merompak seorang ahli perniagaan China membabitkan wang tunai hampir RM1 juta. (Free Malaysia Today, 13:49)

Read the reporting

3 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Kes rompak hampir RM1 juta: Dua pegawai SPRM, bekas pegawai diperintah bela diri

By Suraya Roslan · 9 Oct, 14:09 MYT

KUALA LUMPUR: Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan seorang bekas pegawai agensi itu diperintah membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan merompak seorang ahli perniagaan warga China membabitkan wang tunai hampir RM1 juta dan barangan berharga, lima tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Arief Emran Arifin membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang melepas dan membebaskan ketiga-tiga tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Mereka ialah Muhamad Haffiz Mohd Radzi, 36, Mohd Fahmee Mohamad Nor, 44, dan bekas pegawai SPRM, Azwan Asli, 41.

Mohd Arief berkata, hakim Mahkamah Sesyen terkhilaf apabila memutuskan elemen ketakutan dalam kes itu gagal dibuktikan, sedangkan elemen berkenaan wujud.

"Kes ini diremitkan ke Mahkamah Sesyen untuk perbicaraan di peringkat pembelaan di hadapan hakim Mahkamah Sesyen. Jaminan bagi ketiga-tiga tertuduh dikekalkan dan mahkamah menetapkan sebutan kes pada 29 Oktober ini," katanya.

Dalam prosiding rayuan hari ini, Mohd Arief turut mempersoalkan mengapa wang dan harta dirampas dalam siasatan berkenaan tidak dibawa terus ke ibu pejabat SPRM tetapi diletakkan di sebuah rumah.

"Jika benar ada siasatan dijalankan, mengapa harta itu tidak dibawa ke SPRM untuk direkodkan dan dipertanggungjawabkan? Ini menimbulkan persoalan kepada saya," katanya.

Bagaimanapun, peguam Tan Sri Dzulkifli Ahmad yang mewakili Mohd Fahmee dan Azwan berhujah bahawa tiada bukti menunjukkan mereka membawa harta berkenaan ke rumah masing-masing.

Prosiding hari ini turut dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Nordin Ismail, Mohamad Fadhly Mohd Zamry dan Hench Goh. Muhamad Haffiz pula diwakili peguam Azizul Shariman Mat Yusoff.

Pada 4 Ogos tahun lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Izralizam Sanusi melepas dan membebaskan ketiga-tiga tertuduh selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen rompakan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa melakukan rompakan berkumpulan terhadap ahli perniagaan warga China, Kun Gao, membabitkan wang tunai RM952,690 dan 1,225 yuan, selain sebuah bagasi berwarna perak serta beg tangan hitam jenama Louis Vuitton.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kediaman di Jalan Ampang, di sini, kira-kira jam 12 tengah hari pada 10 Disember 2021.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, Kun Gao mendapati dua daripada tertuduh berada di rumahnya sebelum mereka memperkenalkan diri sebagai pegawai penguat kuasa SPRM dan mendakwa mahu menjalankan penggeledahan berkaitan siasatan pengubahan wang haram.

Mangsa bersama keluarganya kemudian diarahkan duduk di ruang tamu, manakala pasport dan telefon bimbit mereka dirampas.

Mangsa turut didakwa dipaksa membuka peti simpanan keselamatan sebelum salah seorang tertuduh menunjukkan gari sehingga menyebabkan beliau ketakutan dan membenarkan mereka mengambil dua beg berisi wang tunai RM952,690 serta 1,225 yuan.

Mangsa mendakwa beliau tidak dibenarkan menghubungi peguam. Telefon bimbit seorang saksi awam yang merakam gambar Toyota Hilux digunakan tertuduh turut dirampas sebelum gambar berkenaan dipadam. Kejadian itu juga dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Laporan polis dibuat pada hari kejadian sebelum ketiga-tiga tertuduh ditahan antara 11 hingga 15 Disember 2021.

Polis kemudian menemukan kenderaan dan beg milik mangsa di sebuah apartmen di Bandar Tasik Kesuma, Beranang.

Siasatan serta pengesahan penyelia tertuduh mendapati tindakan mereka bukan sebahagian daripada operasi rasmi SPRM, sebaliknya didakwa sebagai perbuatan rompakan jenayah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
  • Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 5 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 51first news pick-upNEWRISINGACCELERATINGnow15:00
Latest 15:01 MYT
43Accelerating
Mentions / h2Velocity0.03/minSources6Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Free Malaysia Today) source
  2. News
    First news outlet reports it (Berita Harian) source
  3. State
    Rising

    4 sources, growth +300%, z 0.0

  4. State
    Accelerating

    growth +100% with positive acceleration

Where it started

Free Malaysia Today (News)
9 Oct, 13:49 MYT
Origin confidence 90% · 20 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Free Malaysia Today
    13:49
  2. Step 2
    News
    Scoop
    14:45 · +56 min

Internet reaction

What we know

  • Covered by 5 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today, Harian Metro, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (6)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.