
29 warga China, Kemboja disyaki 'scammer' didenda hingga RM10,000 atas kesalahan imigresen
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
BALIK PULAU: Seramai 29 warga China dan Kemboja yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam sindiket gores dan menang dalam talian bulan lalu, didenda antara RM4,000 hingga RM10,000 setiap seorang oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas kesalahan imigresen. (Berita Harian, 14:26)
Read the reporting
2 reports
29 warga China dan Kemboja didakwa tinggal lebih masa, tiada dokumen perjalanan sah
am@hmetro.com.my
Balik Pulau: Seramai 29 warga China dan Kemboja yang ditahan selepas disyaki terbabit sindiket gores dan menang bulan lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan tinggal melebihi tempoh masa dibenarkan selain tidak memiliki dokumen perjalanan sah untuk masuk ke negara ini.
Semua tertuduh terdiri daripada 19 lelaki dan 10 wanita berusia 21 hingga 63 tahun itu mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Chia Huey Ting.
Berdasarkan pertuduhan, tujuh daripada tertuduh didakwa atas kesalahan tinggal lebih masa di Malaysia tanpa alasan munasabah di sebuah premis di Lintang Teluk Kumbar 1, Teluk Kumbar jam 10.30 malam pada 22 September lalu.
Mereka mengaku melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15 (4) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadap setiap tertuduh selain mengarahkan individu terbabit dipenjara selama lima bulan jika gagal membayar denda.
Sementara itu, 22 lagi tertuduh mengaku sebagai bukan warganegara Malaysia tidak memiliki pas sah dikeluarkan mengikut undang-undang untuk masuk ke negara ini.
Mereka melakukan kesalahan itu di sebuah premis bernombor 21 Solok Bukit Belah 2, Bayan Lepas di sini, pada jam 10.45 malam, 22 September lalu.
Pertuduhan bagi kesalahan itu dikemukakan mengikut Seksyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 6 (3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi kesalahan itu, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM4,000 terhadap setiap tertuduh selain mengarahkan tertuduh menjalani hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Sofi Jaafar manakala semua tertuduh warga asing terbabit diwakili peguam Tan Cheng Yi dan Chui Jing Hong.
Media pada 1 Oktober lalu melaporkan, polis menumpaskan sindiket gores dan menang dalam talian yang menyasarkan rakyat di China serta Kemboja pada 22 September lalu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim dilapor berkata, sindiket terbabit menggunakan banglo dan premis yang diubah suai sebagai pusat panggilan untuk menjalankan sesi secara langsung menerusi platform media sosial seperti Facebook dan aplikasi LINE.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:26
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.