Malaysian Attention Engine
Live wire
53Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202550Ceroboh kuil, pecah patung, tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan50Pushing mega-projects, Hamzah Zainudin criticises Budget 2027 as ‘lacking vision’47Meta expands WhatsApp utility with non-account guest calling features45General : Kelantan Teen Set For Fourth Appearance At Global It Challenge41Penuntut universiti didakwa tikam bekas teman wanita, adik mangsa hingga parah41Sulaiman bertanding jika parti mahukannya40Govt considers seizing assets of motorists to compensate crash victims39Jerebu: Guan Eng gesa saman Indonesia39General : Budget 2027: Health Allocation Must Speed Up Access To Treatment, Cut Waiting Times39Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok38China-North Korea bridge to open on October 15
NewUnconfirmedupdated 4 h ago

2,000 pelari denai bakal gegar Temerloh sempena Pahang Ultra 2026

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 12:51 MYTLatest activity 15 Oct, 13:08BMconfidence 80%

What happened

TEMERLOH: Edisi keempat Pahang Ultra 2026 bakal menghangatkan suasana di Kampung Tebal, Temerloh, dari 16 hingga 18 Oktober ini dengan penyertaan kira-kira 2,000 pelari, termasuk peserta antarabangsa dari 13 negara. (Berita Harian, 12:51)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

2,000 pelari denai bakal gegar Temerloh sempena Pahang Ultra 2026

By Abdul Razak Raaff · 15 Oct, 12:51 MYT

TEMERLOH: Edisi keempat Pahang Ultra 2026 bakal menghangatkan suasana di Kampung Tebal, Temerloh, dari 16 hingga 18 Oktober ini dengan penyertaan kira-kira 2,000 pelari, termasuk peserta antarabangsa dari 13 negara.

Pengarah Perlumbaan Pahang Ultra 2026, Zulkafly Ramly, berkata antara negara yang menghantar peserta bagi acara larian ultra itu ialah Singapura, Vietnam, Filipina, Jepun, China, Poland, Morocco, Australia, Indonesia, Ireland dan Amerika Syarikat.

Beliau berkata, peserta akan bersaing dalam enam kategori jarak larian, iaitu 200 kilometer (km), 100km, 72km, 43km, 17km dan 5km.

"Penyertaan tahun ini merangkumi kira-kira 50 pelari bagi kategori 200km, 160 pelari bagi 100km, 110 pelari bagi 72km, 300 pelari bagi 43km, 400 pelari bagi 17km dan lebih 1,000 peserta bagi kategori 5km," katanya hari ini.

Beliau berkata, jumlah penyertaan menunjukkan perkembangan positif sejak acara itu diperkenalkan pada 2023 dengan penyertaan seramai 650 peserta pada edisi pertama, sebelum meningkat kepada 1,680 peserta pada edisi kedua.

"Saingan tahun ini dijangka lebih sengit dengan penyertaan juara edisi terdahulu, pelari elit tempatan serta peserta antarabangsa yang bakal menguji ketahanan dan kemampuan masing-masing dalam setiap kategori," katanya.

Pahang Ultra 2026 turut menampilkan kelainan menerusi kategori 5km Kampung Run, yang menggalakkan peserta mengenakan pakaian tradisional masyarakat Pahang.

"Inisiatif itu bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah menjadi platform untuk memperkenalkan warisan budaya tempatan kepada peserta dan pengunjung.

Zulkafly berkata, acara itu bukan sekadar platform untuk mencabar ketahanan fizikal dan mental, tetapi turut memainkan peranan dalam mempromosikan pelancongan, memperkasakan komuniti desa serta menyemai semangat perpaduan melalui sukan.

"Pahang Ultra 2026 adalah lebih daripada sekadar acara sukan. Ia adalah wadah untuk meraikan kepelbagaian budaya, mempromosikan keindahan Pahang dan memupuk perpaduan dalam kalangan peserta daripada pelbagai latar belakang, di samping menggalakkan gaya hidup sihat," katanya.

Acara yang turut disenaraikan dalam kalendar pelancongan Tourism Pahang itu menerima sokongan berterusan daripada Isuzu Malaysia sebagai penaja utama dan rakan strategik penganjur, Team TheBongcit, bagi tahun keempat.

Pahang Ultra 2026 juga menerima pengiktirafan daripada Persatuan Sukan Kecergasan Malaysia (MAFA) sebagai aktiviti yang memenuhi piawaian gerakan kecergasan, selain didaftarkan sebagai harta intelek melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).

Selain acara larian, pelbagai aktiviti sampingan turut disediakan bagi memeriahkan suasana, termasuk persembahan kebudayaan, pameran vendor, gerai makanan tempatan serta kit penyertaan eksklusif yang mengandungi jersi khas, pingat dan cenderahati istimewa daripada penaja.

Penganjuran kali ini dijangka memberikan pengalaman seperti karnival komuniti yang menggabungkan elemen sukan, kebudayaan dan pelancongan, sekali gus menjadikan Pahang Ultra 2026 sebagai platform untuk mengeratkan hubungan antara peserta, penduduk setempat dan pengunjung.

Antara penaja dan rakan sokongan lain yang turut menjayakan acara tahun ini ialah Isuzu, ARC Café, MKR Matrix, Umar Sunglasses, FS Optic, N8, MedgelX dan Akki Niaga Maju Enterprise.

Penganjuran Pahang Ultra 2026 diharap dapat terus memperkukuh kedudukan Temerloh sebagai destinasi acara sukan dan pelancongan, selain memperkenalkan keunikan budaya serta potensi komuniti tempatan kepada khalayak yang lebih luas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:00
Latest 13:22 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 12:51 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.