
Penuntut universiti didakwa tikam bekas teman wanita, adik mangsa hingga parah
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia berserta syarat tambahan dimohon pihak pendakwaan. KUALA LUMPUR: Seorang warga China yang menuntut di sebuah universiti swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas teman wanita dan adik wanita itu bulan lalu. (Free Malaysia Today, 14:54)
Read the reporting
4 reports
Penuntut universiti didakwa tikam bekas teman wanita, adik mangsa hingga parah
KUALA LUMPUR: Seorang penuntut universiti swasta warga China mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas teman wanita dan adik lelaki wanita itu pada bulan lalu.
Tertuduh, Chen Jun, 20, didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa warga tempatan berusia 21 tahun dan adik lelakinya berumur 18 tahun dengan menikam mereka menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kematian.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Taman Sri Bintang, Kepong di sini, kira-kira jam 5 pagi 29 September lalu.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal, tidak menawarkan ikat jamin kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.
"Bagaimanapun jika mahkamah ingin membenarkan ikat jamin, pihak pendakwaan memohon ia ditetapkan RM8,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia dan pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah," katanya.
Peguam, Ling Yee Siew yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jumlah itu dikurangkan kerana anak guamnya sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan kewangan dan tidak berisiko melarikan diri.
"Berdasarkan laporan perubatan hospital swasta bertarikh 14 September lalu, anak guam saya mengalami kemurungan.
"Oleh itu, saya memohon ikat jamin yang rendah bagi membolehkan dia mendapatkan rawatan susulan berikutan kecederaan pada kaki akibat perbuatan sendiri ketika mengalami kemurungan," katanya.
Hakim Suhaila Haron kemudian membenarkan ikat jamin RM8,000 dengan dua penjamin rakyat Malaysia berserta syarat tambahan seperti yang dimohon pihak pendakwaan, dan menetapkan 11 November depan untuk sebutan kes.
Chen Jun hadir ke mahkamah hari ini dengan berkerusi roda.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is accelerating
- 3 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today14:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Free Malaysia Today
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.