
3.5 juta warga asing tanpa dokumen sah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
3.5 juta warga asing tanpa dokumen sah (Harian Metro, 06:33)
Read the reporting
2 reports
3.5 juta warga asing tanpa dokumen sah
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Jumlah pekerja asing tanpa dokumen di Malaysia dianggarkan antara 1.2 juta hingga 3.5 juta orang pada 2025, angka yang belum termasuk dalam rekod rasmi 2.132 juta pekerja asing aktif setakat Oktober tahun sama.
Ketua Pusat Penyelidikan Populasi dan Migrasi Malaysia Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mashitah Hamidi berkata, angka rasmi berkenaan hanya merujuk kepada pekerja asing aktif yang direkodkan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).
Katanya, Bangladesh kekal sebagai negara sumber pekerja asing terbesar di Malaysia, diikuti Indonesia, Nepal, Myanmar dan India.
"Jumlah pekerja asing aktif itu turut menunjukkan penurunan 13 peratus berbanding 2.452 juta pada tahun sebelumnya, iaitu susut 320,000 orang.
"Perubahan jumlah pekerja asing turut berlaku seiring perubahan dasar pengambilan dan keadaan ekonomi negara," katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, kelonggaran pengambilan pada 2023 selepas ekonomi dibuka semula susulan pandemik membawa kepada kemasukan besar pekerja asing.
"Selepas ekonomi dibuka semula, kelonggaran pengambilan pada 2023 membawa kemasukan besar, diikuti pembekuan kuota baharu dan tarikh akhir kemasukan pada 31 Mei 2024," katanya.
Beliau berkata, perkembangan itu menyumbang kepada penurunan jumlah pekerja asing aktif daripada dalam tempoh setahun hingga Oktober 2025.
Pada Julai lalu, katanya, pengurusan pusat sehenti pekerja asing (OSC) dipindahkan daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) kepada KESUMA, manakala permohonan kuota pekerja asing beralih sepenuhnya kepada sistem digital eQuota.
Menurut Mashitah, kerajaan perlu menetapkan sasaran mengurangkan kebergantungan terhadap pekerja asing secara berperingkat.
"Had maksimum pekerja asing sudah diturunkan daripada 15 peratus kepada 13 peratus di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), dengan sasaran 10 peratus menjelang 2030 dan lima peratus menjelang 2035.
"Langkah ini perlu disokong insentif automasi dan mekanisme levi (mekanisme bayaran) pelbagai peringkat. Levi pelbagai peringkat ini dijanjikan untuk 2026, tetapi belum diwartakan setakat pertengahan 2026," katanya.
Katanya, perubahan dasar dan jumlah pekerja asing menunjukkan pola tenaga kerja asing di Malaysia sentiasa berubah mengikut keperluan ekonomi serta dasar pengambilan.
Pada masa sama, katanya, kemunculan pusat pertumbuhan baharu seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), pusat data dan projek infrastruktur berpotensi mempengaruhi keperluan tenaga kerja asing pada masa akan datang.
Mengulas berkenaan langkah memperkemas pengurusan pekerja asing, Mashitah berkata, perumahan pekerja perlu dijadikan sebahagian daripada perancangan guna tanah, termasuk mewajibkan penginapan pekerja berpusat (CLQ) bertauliah bagi projek dan zon industri berskala besar.
Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) juga perlu mempunyai daftar penginapan pekerja asing yang disepadukan dengan data imigresen, selain memperkukuh penguatkuasaan Akta 446 terhadap majikan dan pemilik premis yang menyediakan penginapan secara haram.
"Reformasi pengambilan pekerja asing juga perlu dilaksanakan menerusi saluran kerajaan ke kerajaan serta prinsip majikan membayar kos pengambilan bagi mengurangkan risiko eksploitasi dan beban hutang pekerja," katanya.
Pada masa sama, katanya, program kohesi sosial di peringkat kejiranan termasuk penglibatan wakil komuniti, jawatankuasa penduduk dan saluran aduan perlu diwujudkan supaya isu membabitkan pekerja asing dapat diselesaikan sebelum berkembang menjadi konflik.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:33
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
