
Dalam radar Imigresen: Malaysia jadi lubuk warga asing bina kehidupan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Dalam radar Imigresen: Malaysia jadi lubuk warga asing bina kehidupan (Harian Metro, 06:51)
Read the reporting
1 report
Dalam radar Imigresen: Malaysia jadi lubuk warga asing bina kehidupan
am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Malaysia bukan lagi sekadar destinasi mencari rezeki, sebaliknya dilihat sebagai 'lubuk' warga asing untuk bekerja, berniaga malah membina kehidupan sehingga kewujudan mereka semakin ketara di sesetengah kawasan.
Dari tapak pembinaan, sektor perkhidmatan, premis perniagaan hinggalah ke penempatan tidak terkawal, kemasukan warga asing yang berterusan mencetuskan persoalan sejauh mana Malaysia mampu mengawal lambakan migran dan membendung penyalahgunaan ruang serta peluang yang tersedia di negara ini.
Lebih membimbangkan, kewujudan komuniti warga asing yang semakin berkembang turut dikaitkan dengan aktiviti ekonomi tidak formal, pelanggaran syarat imigresen dan pembentukan penempatan yang sukar dikesan pihak berkuasa.
Bagi melihat situasi itu, wartawan turut meninjau beberapa kawasan susulan yang menjadi lokasi hotspot bagi warga asing ini.
Tinjauan di beberapa lokasi sekitar ibu negara termasuk di Lebuh Pudu di sini boleh diibaratkan seperti tinggal di Dhaka, Bangladesh apabila papan tanda, poster dan premis perniagaan menggunakan bahasa serta identiti negara asal mereka.
Banyak premis perniagaan seperti kedai elektronik, pakaian dan barangan asas kelihatan menggunakan papan tanda serta poster dalam bahasa negara asal warga asing.
Sebahagian premis di kawasan berkenaan bukan sahaja dijadikan lokasi perniagaan, malah bangunan turut dipercayai digunakan sebagai tempat tinggal warga asing.
Walaupun kawasan itu pernah diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam operasi penguatkuasaan membabitkan warga asing pada pertengahan September lalu, kehadiran mereka masih ketara ketika tinjauan dilakukan dengan aktiviti perniagaan berjalan seperti biasa.
Situasi hampir sama turut dilihat di beberapa kawasan sekitar Selayang seperti di Flat Taman Desa Bakti dan Flat Taman Wilayah yang didakwa menjadi antara kawasan penempatan warga asing semakin padat, khususnya warga Myanmar termasuk Rohingya serta Bangladesh.
Tinjauan mendapati kehadiran warga asing jelas kelihatan di kawasan flat berkenaan, manakala penduduk tempatan dikatakan semakin menjadi golongan minoriti.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:51
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.
