
3 factors Putrajaya must consider for new JB transit line
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
2 reports
Pakar gesa Putrajaya teliti 3 aspek pelaksanaan e-ART di JB
Kerja pembinaan sebuah stesen sistem transit rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura yang dijangka mula beroperasi pada pertengahan Februari. (Gambar RTS Link) PETALING JAYA: Kerajaan perlu meneliti tiga aspek utama dalam pelaksanaan sistem transit aliran autonomi bertingkat (e-ART) bagi menangani kesesakan lalu lintas di Johor Bahru, menurut sebuah badan pemikir pengangkutan.
Pengarah Eksekutif MY Mobility Vision, Rahman Hussin, berkata aspek itu merangkumi kapasiti penumpang, kos operasi dan penyelenggaraan jangka panjang serta kesan terhadap aliran trafik sedia ada, khususnya ketika pembinaan dan di persimpangan utama.
Katanya, kerajaan perlu mengenal pasti jumlah penumpang yang dijangka menggunakan sistem berkenaan, terutama pada waktu puncak, selain memastikan kapasiti kenderaan dan kekerapan perkhidmatan mampu menampung permintaan.
"Penilaian bukan sahaja perlu mengambil kira kos pembinaan, tetapi juga penyelenggaraan infrastruktur, penggantian kenderaan, penggunaan tenaga dan sokongan teknologi sepanjang jangka hayat sistem itu," katanya kepada FMT.
Jumaat lalu, kerajaan mengumumkan pemilihan sistem e-ART bagi mengatasi kesesakan di Johor Bahru, selain langkah sementara termasuk menambah perkhidmatan bas, KTM Komuter dan Grab Shuttle di kawasan tumpuan.
Rahman berkata, kerajaan juga perlu meneliti bagaimana sistem itu akan dihubungkan dengan kemudahan pengangkutan sedia ada serta sistem transit rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura yang dijangka mula beroperasi pada pertengahan Februari.
"Pengalaman antarabangsa menunjukkan kejayaan sistem pengangkutan bandar bergantung kepada permintaan penumpang, integrasi rangkaian dan prestasi operasi, bukan semata-mata teknologi yang digunakan," katanya.
Sementara itu, perunding pengangkutan, Rosli Azad Khan, berkata kenderaan e-ART mampu membawa hampir 10 kali ganda jumlah penumpang berbanding bas henti-henti biasa, menjadikannya lebih sesuai menampung jumlah pengguna yang tinggi pada waktu puncak.
Menurutnya, sistem bertingkat itu juga akan melengkapi perkhidmatan RTS kerana kedua-duanya mampu menampung jumlah penumpang yang besar di satu hentian di Bukit Chagar.
Rosli berkata, laluan khas bertingkat atau lorong berasingan di aras jalan membolehkan kenderaan e-ART bergerak pada kelajuan maksimum tanpa terjejas oleh kesesakan lalu lintas.
"Bagi memastikan sistem ini lebih berkesan, ia sepatutnya diperkenalkan sebelum RTS mula beroperasi supaya rangkaian laluannya dapat diwujudkan lebih awal dan pengguna pengangkutan awam dapat membiasakan diri dengannya," katanya.
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.