
Nahas Jalan Kuching: ‘Asiah bangun Asiah, kita dah nak sampai hospital’
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR – “Asiah, bangun, bangun, Asiah…kita nak pergi hospital. Kita dah nak sampai hospital dah ini.” (Kosmo!, 11:38)
Read the reporting
3 reports
Nahas Jalan Kuching: ‘Kami akan tuntut keadilan untuk Asiah’
PETALING JAYA – “Kami akan menunggu sehingga proses rawatan (pelaku) dan siasatan polis selesai sebelum mengambil sebarang tindakan seterusnya bagi menuntut keadilan untuk arwah Asiah.”
Demikian kata bapa saudara kepada kanak-kanak perempuan, Asiah Ahmad Syahir, 5, yang maut dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Jalan Kuching, di sini, kelmarin.
Muhammad Amin Mohamad Nor Izam, 25, berkata, pihak keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada polis untuk menjalankan siasatan berhubung kejadian yang meragut nyawa anak sulung abangnya itu.
Menurut Muhammad Amin, abangnya, Ahmad Syahir Mohamad Nor, 30, sudah memaklumkan kejadian berkenaan kepada pihak polis.
“Abang saya sudah memaklumkan perkara ini kepada polis. Setakat ini, tindakan lanjut belum dapat dibuat kerana pemandu yang terlibat masih menerima rawatan di hospital,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.
Menurutnya, ketika kejadian, abangnya bersama isteri dan dua anak mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sungai Pencala selepas meluangkan masa bersiar-siar di Keramat.
Katanya, Ahmad Syahir yang bertugas sebagai bilal bergegas pulang bagi menjalankan tugas mengumandangkan azan Asar di masjid kawasan berkenaan.
“Namun, ketika dalam perjalanan pulang, kemalangan itu berlaku. Asiah meninggal dunia, manakala seorang lagi anak buah saya yang berusia dua tahun terselamat,” ujarnya.
Mengulas mengenai keadaan keluarga ketika ini, Amin memberitahu mereka masih berada dalam keadaan trauma dan diselubungi kesedihan.
“Abang, kakak ipar dan anak bongsu mereka alhamdulillah selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius, cuma ada kesan lebam serta luka ringan. Namun, emosi mereka masih belum stabil selepas kehilangan Asiah,” ujarnya.
Amin berkata, Asiah yang merupakan cucu sulung sangat rapat dengan seluruh ahli keluarga dan sering berhubung menerusi panggilan video.
Katanya, arwah Asiah merupakan seorang kanak-kanak yang sangat ceria, petah berkata-kata, bijak dan sentiasa mendengar cakap.
“Kira-kira dua minggu lalu, arwah baru sahaja keluar dari wad hospital selepas terjatuh di tandas.
“Kali terakhir saya bertemu selepas dia keluar hospital. Itu kali terakhir saya dapat bermanja, memeluk Asiah dan bermain dengannya,” katanya.
Terdahulu, Asiah disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala ketika dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas kereta Perodua Bezza dinaiki bersama keluarganya terbabit dalam kemalangan kira-kira pukul 3.44 petang.
Kemalangan di Jalan Kuching dari arah pusat bandar menghala ke Segambut itu membabitkan lima kereta dan sebuah motosikal ketika aliran trafik bergerak perlahan.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Zamzuri Mohd. Isa sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati Perodua Bezza dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta BYD Seal sebelum kenderaan itu berpusing ke lorong kanan dan melanggar tiga kenderaan lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE
The post Nahas Jalan Kuching: ‘Kami akan tuntut keadilan untuk Asiah’ appeared first on Kosmo Online .
Why it is rising
- 3 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:38
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Harian Metro, Kosmo!
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.