
5 telefon pintar termahal dunia
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Hampir setiap orang daripada kita memiliki telefon pintar kerana merupakan gajet yang cukup diperlukan pada masa kini. Dalam dunia hari ini yang semuanya di hujung jari, telefon pintar menjadi simbol kehidupan masa kini. (Kosmo!, 10:39)
Read the reporting
1 report
5 telefon pintar termahal dunia
Hampir setiap orang daripada kita memiliki telefon pintar kerana merupakan gajet yang cukup diperlukan pada masa kini. Dalam dunia hari ini yang semuanya di hujung jari, telefon pintar menjadi simbol kehidupan masa kini.
Telefon pintar bukan sahaja menjadi medium komunikasi dan hiburan tetapi juga menjadi status kehidupan. Telefon pintar mempunyai range harga yang luas daripada murah, sederhana sehinggalah mahal mencecah jutaan dolar.
Minggu ini CitaRasa kongsikan lima telefon pintar termahal dunia 2026 seperti yang dikongsikan luxhabitat.ae.
1) Falcon Supernova iPhone 6 Pink Diamond: AS$48.5 juta
Telefon pintar termahal di dunia adalah bernilai AS$48.5 juta (RM198 juta). Peranti ini diperbuat daripada emas 24 karat dan disinari berlian merah jambu yang besar di belakangnya. Telefon ini juga didatangkan dengan lapisan platinum. Ia merupakan telefon pintar milik Nita Ambani yang dihadiahkan oleh suaminya, ahli perniagaan Mukesh Ambani iaitu lelaki terkaya Asia.
Direka oleh Falcon Luxury, telefon itu bagaimanapun cuma dilengkapi ciri kamera 8 megapiksel. Apapun, tahap keselamatan sangat menjadi keutamaan apabila dilengkapi pengimbas cap jari yang tertanam di butang home selain Find My iPhone melindungi data pengguna.
2) iPhone 5 Black Diamond: AS$15 juta
Direka oleh Stuart Hughes, telefon pintar iPhone 5 Black Dimond ini berharga AS$15 juta (RM61 juta). Ia dilengkapi dengan kasis emas dan satu berlian hitam pada butang home. Ia bertatahkan 600 berlian putih dengan panel sisi emas 24 karat. Logo Apple pula dihiasi 53 berlian tambahan. Peranti ini menjadi lambang kemewahan, ketinggian pembuatan kraf.
Telefon pintar ini juga direka oleh Stuart Hughes.
3) Stuart Hughes iPhone 4S Elite Gold: AS$9.4 juta
Telefon pintar ini juga direka oleh Stuart Hughes. Telefon pada harga AS$9.4 juta (RM38 juta) ini dihiasi rosewood dan lebih 500 berlian. Panel dan logonya diperbuat daripada emas 24 karat. Logo Apple dihiasi 53 berlian, manakala butang ‘home’ pula berlian 8.6 karat. Lebih menarik, skrin peranti itu dilapisi platinum yang digilap bersama kepingan-kepingan tulang dinosaur original dan batu-batuan seperti opal, rutile quartz dan star sunstone.
4) iPhone 4 Diamond Rose: AS$8 juta
Ia merupakan telefon pintar ketiga termahal rekaan Stuart Hughes. Telefon pada harga AS$8 juta (RM32 juta) ini diperbuat daripada rose gold dan menggunakan 500 berlian dengan butang menggunakan berlian merah jambu 7.4 karat. Belakangnya direka menggunakan rose gold dengan logo Apple daripada 53 berlian tambahan. Ia didatangkan dengan granit dan telefon ini hanya ada dua unit di dunia.
5) Goldstriker iPhone 3GS Supreme: AS$3.2 juta
Telefon ini dihasilkan buatan tangan antaranya menggunakan platinum bertatahkan 130 berlian. Bahagian bezel telefon ini dihiasi berlian ink baguette dengan setiap satunya 2.5 karat. Butang navigasi dihiasi berlian 7.1 karat. Telefon pintar ini dipasarkan di pasaran dunia pada harga AS$3.2 juta (RM13 juta). Ia dijual dengan dimasukkan ke dalam bungkusan (pakej) wallet kemasan tangan yang dibuat daripada kaki ostrich sebenar.
Sekadar makluman bagi top 10 telefon pintar termahal, antara lain-lain jenama selain iPhone ialah Diamond Crypto Smartphone (ketujuh), Gresso Luxor Las Vegas Jackpot (ke-9) dan Vertu Signature Cobra (ke-10).
The post 5 telefon pintar termahal dunia appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!10:39
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.