Malaysian Attention Engine
Live wire
51General : Selangor Sultan Launches Commemorative Items For Silver Jubilee46Business : Malaysia's Inflation Eased To 1.8 Pct In September 2026 - DOSM43World : Cambodia, Thailand Agree On Trust-Building Steps In Maritime Boundary Talks In The Hague41World : Musk Pledges One SpaceX Share To Every US Child Next Year41General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November41Consider shutting down pig farms nationwide: Wan Saiful40General : MPS Urged To Be Cautious With Words To Avoid Controversies In Dewan Rakyat – Johari40KL20: Kerajaan terus tambah baik inisiatif sedia ada - Akmal Nasir38Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 202638Sport : Pearly-Thinaah Advance To Denmark Open Quarter-finals35Business : Malaysia Is Back In Business, Amir Hamzah Tells IMF-World Bank Meetings35MTEN teliti tiga keutamaan pacu ekonomi negara
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

500 asnaf terima bakul makanan YIF dengan kerjasama Andalusia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 19 Oct, 16:40 MYTLatest activity 19 Oct, 16:40BMconfidence 60%

What happened

500 asnaf terima bakul makanan YIF dengan kerjasama Andalusia (Harian Metro, 16:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·1 min read

500 asnaf terima bakul makanan YIF dengan kerjasama Andalusia

By Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid · 19 Oct, 16:40 MYT

khairil.ashraf@hmetro.com.my

Bangi: Seramai 500 penerima asnaf sekitar Bandar Baru Bangi menerima bakul makanan menerusi Majlis Penyerahan Bakul Makanan Wakalah Zakat dianjurkan Yayasan Imanulfa'izin (YIF) dengan kerjasama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia), semalam.

Agihan bakul makanan itu melibatkan peruntukan wakalah zakat sebanyak RM100,000 yang diagihkan kepada 500 asnaf terpilih bertempat di Masjid Al-Hasanah.

Ketua Pegawai Eksekutif YIF, Fawaz Abdul Hamid Dahlan berkata, objektif utama pihaknya bukan sekadar menjalankan program bersifat satu-satu masa, malah meneliti kelayakan asnaf secara adil dan telus.

Fawaz berkata, pihaknya komited untuk mengekalkan program bantuan secara konsisten dan berterusan, bukan hanya sempena Ramadan atau bulan tertentu.

"Program agihan bakul makanan kepada golongan sasar bukan kali pertama dianjurkan oleh YIF, malah dijalankan hampir setiap bulan.

"Program ini biasanya diadakan di masjid, kawasan asnaf, pusat anak yatim dan lokasi lain yang memerlukan supaya dana wakalah diterima dapat disalurkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan," katanya.

Beliau pada masa sama turut merancang memperluaskan bantuan selain program bakul makanan.

"Antara inisiatif dirancang termasuk membantu pelajar untuk melanjutkan pengajian ke universiti, pemberian komputer riba, wang saku serta peluang menerima biasiswa penuh daripada YIF.

"Saya berharap lebih ramai pihak akan tampil membantu golongan yang memerlukan, bukan sahaja di sekitar Bandar Baru Bangi, malah di kawasan lain yang lebih memerlukan bantuan," katanya.

Dalam pada itu, wakil Andalusia, Mohamad Nor Hanafi Mohd Zain berkata, pihaknya diamanahkan oleh Ibrahim Mat Zin untuk menyampaikan hasrat wakalah zakat sebanyak RM100,000.

Katanya, jumlah itu dibahagikan kepada 500 asnaf, dengan setiap penerima menerima bakul makanan bernilai RM200.

"Matlamat utama kita adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim bersama masyarakat kurang berkemampuan di kawasan sekitar, selain membantu meringankan beban asnaf walaupun dalam bentuk bantuan kecil.

"Andalusia juga berhasrat meneruskan kerjasama dengan YIF dalam jangka masa panjang termasuk membantu mengimarahkan Masjid Al-Hasanah," katanya.

Katanya, dengan sokongan itu, ia dapat membantu YIF menjangkau lebih ramai penerima di kawasan Bangi dengan lebih efektif.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow17:00
Latest 17:11 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
19 Oct, 16:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    16:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.