Malaysian Attention Engine
Live wire
52World : Malaysians In Riyadh, Jeddah Safe Amid Tensions In Saudi Arabia - Mohamad Hasan52Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok46General : Parliamentary Services Act Fulfils MADANI Govt's Reform Pledge - Anwar45General : AIAC Reforms To Strengthen Malaysia As International ADR Hub - Azalina45Projek solar bangunan kerajaan jimat RM115 juta setahun44Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar40General : Three Teenagers Injured After A Flag They Were Carrying Came In Contact With High-voltage Power Line39Krisis bekalan petrol di Bali39Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara37Damansara storm: strong winds lift car into another at toll plaza - a reminder why you need Special Perils cover37Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas36'Tambah sengsara penduduk!' - Teresa bidas Bandar Mandani Bukit Jalil
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

500 pokok ditebang, projek padang golf Trump disekat

Only social or community posts, or a single source.

Attention
30
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 14 Oct, 12:30 MYTLatest activity 14 Oct, 12:30BMconfidence 60%

What happened

WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengeluarkan perintah kecemasan bagi menghentikan kerja penebangan pokok di sebuah padang golf di Washington. (Utusan Malaysia, 12:30)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

500 pokok ditebang, projek padang golf Trump disekat

By WARTAWAN LUAR NEGARA · 14 Oct, 12:30 MYT

WASHINGTON: Seorang hakim persekutuan Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengeluarkan perintah kecemasan bagi menghentikan kerja penebangan pokok di sebuah padang golf di Washington.

Ia merupakan antara beberapa projek yang dirancang Presiden Donald Trump untuk mengubah wajah ibu negara itu, selepas ratusan pokok ditebang.

Hakim Ana Reyes meluluskan permohonan kumpulan pencinta alam sekitar yang bimbang selepas kira-kira 500 pokok didakwa ditebang di lokasi itu pada Sabtu, Ratusan pokok lagi kan ditebang menerusi pengumuman pihak berkuasa.

“Penebangan ratusan pokok di Padang Golf East Potomac merupakan sesuatu yang kekal,” katanya dalam keputusan ringkas. Hakim itu juga melarang sebarang kerja penebangan lanjut sehingga pagi Selasa atau sehingga mahkamah mengeluar­kan perintah lain.

Beliau turut menjadualkan pendengaran kecemasan menerusi sidang video bagi mendengar hujah kedua-dua pihak, khususnya berhubung kegagalan kerajaan memberikan notis awal yang munasabah.

Kerajaan hanya memaklumkan kepada mahkamah dan pihak lawan mengenai ranca­ngannya lewat Jumaat.

Trump, yang gemar bermain golf, mahu menaik taraf padang itu yang menurutnya berada dalam keadaan daif, sambil berhujah bahawa lokasi berkenaan berpotensi menjadi tuan rumah kejohanan utama pada masa depan.

Sejak kembali ke Rumah Putih pada Januari 2025, bekas pemaju hartanah itu melancarkan beberapa projek pembinaan dan pengubahsuaian bagi me­ninggalkan kesan peribadinya di Washington, dengan alasan mahu mengembalikan kegemilangan ibu negara yang didakwanya diabaikan oleh pentadbiran terdahulu.

Bagaimanapun, pembangkang Demokrat menuduh beliau membazirkan wang awam demi memenuhi keinginan peribadi untuk mendapatkan pengiktirafan, manakala banyak projek berkenaan berdepan cabaran undang-undang yang sengit.

Antara projek itu termasuk pembinaan dewan tari-menari besar di Rumah Putih sehingga memerlukan keseluruhan satu sayap kediaman presiden dirobohkan, selain kerja pengu­bahsuaian Pusat Kennedy, yang mahu dinamakan sempena dirinya.

Trump sendiri mengaku dorongan peribadi itu dalam satu temu bual yang diterbitkan pada awal September.

“Tiada siapa akan melakukannya selepas saya tiada. Apabila saya meninggalkan tempat ini, tiada siapa akan melakukannya,” katanya kepada majalah New York Magazine ketika di­tanya sama ada beliau melancarkan semua projek itu demi kegemilangan dirinya sendiri. – AFP

The post 500 pokok ditebang, projek padang golf Trump disekat appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow13:00
Latest 13:27 MYT
30New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
14 Oct, 12:30 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    12:30

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.