
Kelewatan baja: Kerajaan kaji bantuan bersasar kepada petani terjejas
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji kemungkinan menyalurkan bantuan bersasar kepada petani yang mengalami kerugian susulan kelewatan bekalan baja. (Utusan Malaysia, 13:00)
Read the reporting
2 reports
Mohamad Sabu dipanggil beri keterangan isu baja kepada SPRM
KUALA LUMPUR: Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menghargai tindakan pantas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kelewatan penghantaran baja bersubsidi kerajaan.
Ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini, Mohamad berkata, tindakan pantas itu adalah penting bagi mengelakkan tuduh menuduh dan melindungi kepentingan pesawah.
"Kita berharap SPRM bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih.
"Saya pun dipanggil memberi keterangan dan sangat gembira apabila perkara ini dapat diselesaikan serta mencari jalan terbaik untuk kepentingan petani.
"Siapa yang melakukan rasuah atau tidak bukan kita yang hendak menuduhnya. Kita serahkan pada penyiasat," katanya.
Mohamad berkata, kelewatan penghantaran baja itu mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pesawah di utara Semenanjung sehingga mendorong mereka mengadakan bantahan dengan membawa sepanduk.
Bagaimanapun beliau menjelaskan bahawa kementeriannya sudah mengambil tindakan secara langsung sebelum bantahan awam memuncak, termasuk melakukan lawatan tanpa notis ke ibu pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) bagi bertemu pengarahnya.
"Saya pergi secara tertutup ke MADA dan bertemu pengarahnya untuk membincangkan perkara itu. Beliau mengesahkan memang berlaku kelewatan," katanya.
Mohamad berkata, selepas mengadakan perbincangan dengan kepimpinan baharu MADA, kementerian mengenal pasti pembekal yang gagal melaksanakan tugas dengan memuaskan dan mengesyorkan penamatan kontraknya secara langsung kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Kementerian Kewangan.
"Kontrak syarikat itu kemudiannya dihentikan dan selepas itu SPRM pun masuk," katanya.
Kerajaan lazimnya melantik Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) sebagai badan yang bertanggungjawab mengagihkan baja bersubsidi di bawah Skim Insentif Pengeluaran Padi (SIPP) kepada pesawah di kawasan MADA.
SPRM melancarkan siasatan susulan aduan bahawa pembekal swasta yang dilantik sebagai subkontraktor di bawah kerangka Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)-Nafas gagal menghantar Baja 3 (baja sebatian) mengikut jadual ke kira-kira 100,000 hektar kawasan sawah padi di bawah MADA di Kedah dan Perlis.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia13:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Utusan Malaysia
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (5)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.