
Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Hawa Rizwana didakwa tak mesra dengan Ratu, Rocketfuel tampil penjelasan video ‘laga pipi’ (Google News · video tular (BM), 14:45)
Read the reporting
1 report
Rocketfuel perjelas isu Hawa Rizwana dan Ratu Haidar
KUALA LUMPUR: Klip video pengacara MeleTOP, Hawa Rizwana, yang mencetuskan kecaman selepas didakwa tidak mengendahkan anak perempuan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar, ketika program itu bersiaran malam tadi, didakwa disunting sehingga tidak menggambarkan keseluruhan situasi sebenar.
Susulan kontroversi itu, Rocketfuel Entertainment tampil memberikan penjelasan menerusi platform Threads, memaklumkan pihaknya mengambil maklum reaksi netizen terhadap klip berkenaan, selain berkongsi rakaman penuh kejadian untuk memberikan gambaran lebih menyeluruh.
Dalam hantaran sama, syarikat pengurusan itu menjelaskan video yang dikongsi sebelum ini tidak memaparkan keseluruhan situasi ketika program berkenaan berlangsung.
"Pihak Rocketfuelent ambil maklum dengan komen yang diberikan terhadap video ini dan video semalam disunting tanpa memberikan gambaran sepenuhnya.
"Dan ini adalah video penuh di @meletop malam tadi," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, seorang pengguna Threads berkongsi klip yang memaparkan Hawa didakwa tidak menyambut tindakan Ratu Haidar yang mahu berlaga pipi dengannya, sebaliknya pengacara itu beralih untuk menegur Oddah.
Rakaman berkenaan kemudian mengundang pelbagai reaksi pengguna media sosial, malah Hawa menerima kecaman selepas tindakannya ditafsirkan sebagai memulaukan Ratu Haidar, anak kepada pelakon Que Haidar.
Perkongsian rakaman penuh oleh Rocketfuel Entertainment membolehkan penonton meneliti situasi berkenaan berdasarkan konteks yang lebih menyeluruh, berbanding klip pendek yang mencetuskan kontroversi.
Bagaimanapun, setakat ini, Hawa belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu berkenaan. Tinjauan terhadap akaun media sosialnya juga mendapati tiada hantaran terbaharu yang menyentuh kontroversi itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News · video tular (BM)14:45
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News · video tular (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.