
8 maut, 13 cedera dirempuh kereta
Only social or community posts, or a single source.
What happened
New Delhi: Sekurang-kurangnya lapan pekerja maut dan 13 lagi cedera pada Ahad selepas sebuah kereta yang dipandu laju merempuh mereka di bahagian utara negeri Punjab, menurut polis, lapor Xinhua. (Harian Metro, 09:55)
Read the reporting
1 report
8 maut, 13 cedera dirempuh kereta
New Delhi: Sekurang-kurangnya lapan pekerja maut dan 13 lagi cedera pada Ahad selepas sebuah kereta yang dipandu laju merempuh mereka di bahagian utara negeri Punjab, menurut polis, lapor Xinhua.
Kejadian berlaku di perkampungan Alisher dalam daerah Sangrur, kira-kira 164 kilometer ke barat daya Chandigarh, ibu kota Punjab.
"Kami dimaklumkan bahawa kereta berkenaan merempuh sebuah motosikal terlebih dahulu sebelum beralih ke arah pekerja terbabit, dengan sebahagian daripada mereka sedang berehat minum air di tepi jalan," kata seorang pegawai polis.
Menurut pihak polis, kira-kira 25 pekerja, sebahagian daripadanya wanita, dilanggar kenderaan berkenaan.
Semua pekerja yang cedera dibawa ke hospital dan keadaan sebahagian daripada mereka dilaporkan kritikal.
Susulan nahas itu, pemandu kenderaan terbabit dilaporkan meninggalkan kenderaannya lalu melarikan diri dari tempat kejadian.
Pada awal pagi hari yang sama, seramai 15 penganut termasuk beberapa remaja maut manakala 28 lagi cedera selepas sebuah lori yang dipandu laju merempuh mereka di bandar Madhya Pradesh, bahagian tengah India.
Kumpulan penganut berkenaan sebelum itu berkumpul bagi menunaikan upacara sembahyang di sebuah kuil Hindu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro09:55
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.