Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : 11.4 Per Cent Figure Does Not Reflect Actual Progress Of Sabah Pan Borneo Highway - Dr Joachim44General : Sabah's RM18.7 Bln Budget 2027 Allocation Not Solely For Development - Masidi43Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf4327 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi35General : RM30 Mln Boost For Residential Road Resurfacing In Perak - Nga35World : Egypt's Al-Sissi Says He Will Not Rule Beyond 203034Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB34Merokok ‘gerbang utama’ ke dadah34Jururawat maut, pacuan 4 roda dipandu terjunam 30 meter ke sungai33General : Perak Closes Forest Reserve Hiking Trails, Recreational Activities During Monsoon33Belgian police fire tear gas at protesters
NewUnconfirmedupdated 28 h ago

8 maut, 60 cedera serangan Russia di Ukraine

Only social or community posts, or a single source.

Attention
10
no previous hour
Momentum
19
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 13:48 MYTLatest activity 17 Oct, 13:48BMconfidence 60%

What happened

KYIV: Serangan Russia semalam mengorbankan sekurang-kurangnya lapan individu dan mencederakan 60 yang lain di seluruh Ukraine. (Berita Harian, 13:48)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

8 maut, 60 cedera serangan Russia di Ukraine

By Agensi · 17 Oct, 13:48 MYT

KYIV: Serangan Russia semalam mengorbankan sekurang-kurangnya lapan individu dan mencederakan 60 yang lain di seluruh Ukraine.

Pihak berkuasa berkata, insiden itu turut membabitkan dua pusat beli-belah, selain mengakibatkan lebih sejuta individu terputus bekalan elektrik susulan rangkaian tenaga turut menjadi sasaran.

Gabenor, Oleh Syniehubov, berkata wanita wanita berusia 71 tahun dan lelaki berusia 58 tahun dilaporkan maut, manakala 12 lagi cedera dalam serangan di tiga daerah di bandar Kharkiv, dekat bahagian timur negara itu.

Serangan susulan Russia sepanjang petang semalam turut mencederakan sembilan lagi individu cedera.

Serangan di bandar Kramatorsk, di wilayah Donetsk, mengorbankan dua individu, manakala dua lagi terkorban di wilayah Dnipropetrovsk yang terletak di bahagian tenggara Ukraine.

Kementerian Tenaga Ukraine memaklumkan bekalan elektrik berjaya dipulihkan sepenuhnya susulan serangan Russia, semalam.

Bagaimanapun belum dapat dipastikan berapa ramai yang masih terjejas susulan gangguan bekalan elektrik berkenaan.

Dalam pada itu, Gabenor Roman Romaniuk, berkata di wilayah barat laut Volyn yang bersempadan dengan Poland, serangan dron terhadap kemudahan pemprosesan makanan mengorbankan seorang individu dan mencederakan lapan yang lain.

Beliau berkata, 370,000 individu mengalami gangguan bekalan elektrik sementara pada sebelah pagi, namun 100,000 daripadanya sudah menerima semula bekalan elektrik.

Datuk Bandar, Andriy Razumovskyi, dalam satu hantaran di Facebook memaklumkan gangguan bekalan elektrik di Lutsk, ibu kota wilayah Volyn, mungkin berlarutan sekurang-kurangnya selama 24 jam.

Romaniuk berkata, serangan dron berterusan sepanjang hari, menyasarkan terminal kastam dan menyebabkan kira-kira 10 trak terbakar di bandar Kovel, yang terletak di laluan utama dari Kyiv ke Poland.

Serangan lain turut menyasarkan sekurang-kurangnya dua pusat beli-belah, masing-masing di bandar Sumy di utara Ukraine yang terletak berhampiran barisan hadapan pertempuran dan wilayah Rivne yang berjiran, dalam siri terbaru serangan Rusia terhadap pusat beli-belah dan pasar.

Gambar yang dikeluarkan perkhidmatan kecemasan di Sumy menunjukkan kesan darah bertaburan di lantai serta pintu masuk pusat beli-belah itu yang rosak akibat serangan.

Seorang maut, manakala tujuh lagi cedera akibat serangan dron yang menyasarkan pusat beli-belah utama dan beberapa lokasi lain di Rivne, menurut Gabenor wilayah itu, Oleksandr Koval.

Kementerian Tenaga Ukraine berkata, sebahagian besar bandar Rivne dan kawasan sekitarnya terputus bekalan elektrik susulan serangan terhadap infrastruktur tenaga di kawasan berkenaan.

- REUTERS

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow14:0017:0020:0023:0002:00
Latest 04:09 MYT
10New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 13:48 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:48

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.