
Jururawat maut, pacuan 4 roda dipandu terjunam 30 meter ke sungai
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Jururawat maut, pacuan 4 roda dipandu terjunam 30 meter ke sungai (Harian Metro, 18:12)
Read the reporting
1 report
Jururawat maut, pacuan 4 roda dipandu terjunam 30 meter ke sungai
am@hmetro.com.my
Ranau: Seorang jururawat meninggal dunia selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas sebelum terjunam kira-kira 30 meter ke sungai di Kilometer 20, Jalan Ranau-Telupid, berhampiran Kampung Nalapak, di sini, jam 12.58, tengah hari tadi.
Nancy Kitingon, 47, disahkan meninggal dunia di lokasi selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Ranau Superintendan Mursalin Mahmud berkata, mangsa memandu Isuzu D Max dari arah Telupid apabila ia melanggar penghadang di sebelah kiri jambatan sebelum terjunam ke sungai.
"Kenderaan mangsa dipercayai berada dalam keadaan terbalik sebelum penduduk kampung tampil memberikan bantuan.
"Bagaimanapun, mangsa yang tidak sedarkan diri disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Lohan, jam 2 petang, di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, tujuh anggota bomba bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau digerakkan ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan.
Anggota bomba kemudiannya mengeluarkan mangsa daripada kenderaan itu sebelum memberikan rawatan awal dan menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro18:12
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.