Malaysian Attention Engine
Live wire
55Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok47General : Conference Of Rulers Discusses PM Term Limit, Separation Of AG-PP Roles45General : MBI Selangor Launches SA500, NINE Super App To Assist Businesses, Residents41Residensi Siswa UM bakal tempatkan 40,000 penuntut40Kes jangkitan saluran pernafasan meningkat ketika jerebu40Indonesia guna teknologi ais kering era 1940an tangani masalah jerebu39General : Sarawak Gets RM545 Million For JENDELA 2 Rollout, Covers 350 Sites - Fahmi39Sarawak keluarkan 3 lesen karbon hutan baru38RM550 mln Smart City project to cover Greater Kuching38E. Timor shuts schools over Indonesia haze36General : Zul Hadi Appointed Sabah Federal Secretary35Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia
NewConfirmedupdated 4 h ago

Aafiyah terima bantuan Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 15:47 MYTLatest activity 15 Oct, 15:53BMconfidence 80%

What happened

PETALING JAYA: Penderitaan kanak-kanak berusia dua tahun yang menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap akhir serta komplikasi organ dalaman sejak lahir, Nur Faridah Aafiyah Muhammad Zamirul mendapat perhatian apabila menerima bantuan segera sebanyak RM5,000 daripada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP. (Berita Harian, 15:47)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Aafiyah terima bantuan Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP

By Amir Abd Hamid dan Khairul Danish Azma · 15 Oct, 15:47 MYT

PETALING JAYA: Penderitaan kanak-kanak berusia dua tahun yang menghidap penyakit buah pinggang kronik (CKD) tahap akhir serta komplikasi organ dalaman sejak lahir, Nur Faridah Aafiyah Muhammad Zamirul mendapat perhatian apabila menerima bantuan segera sebanyak RM5,000 daripada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP.

Bantuan hasil sumbangan orang ramai berkenaan disampaikan oleh Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Media Prima Berhad (MPB), Mohamad Farris Effendy Md Salim, ketika mengunjungi kediaman keluarga itu di Desa Mentari, di sini, hari ini.

Mohamad Farris Effendy berkata, kunjungan itu adalah sebahagian daripada komitmen berterusan MPB dan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) dalam menyantuni komuniti yang diuji dengan cabaran kesihatan dan kekangan kewangan.

"Pihak Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP terpanggil untuk hadir menziarahi keluarga Puan Nor Munira (ibu kanak-kanak itu) bagi menyempurnakan amanah yang diberikan daripada penyumbang.

"Kami memahami bebanan berat yang dipikulnya suami isteri ini, khususnya dari segi kos barangan perubatan pakai buang dan keperluan harian anak kecil ini.

"Diharapkan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat memberi sedikit kelegaan kepada keluarga adik Aafiyah dalam menguruskan kebajikan dan rawatan," katanya.

Sementara itu, ibu kanak-kanak berkenaan, Nor Munira Abu Hanipah, 33, menzahirkan penghargaan kepada orang ramai dan Media Prima atas sumbangan yang diberikan.

"Terima kasih Media Prima atas keprihatinan yang diberikan kepada anak kami," katanya.

Menurutnya, selepas laporan mengenai Aafiyah disiarkan Harian Metro, banyak bantuan yang diterimanya, sekali gus membantu mereka sekeluarga.

"Saya berterima kasih kepada semua yang memberikan bantuan kepada kami," katanya.

Nor Munira berkata, dia terpaksa melepaskan kerjayanya sebelum ini demi memberi tumpuan menjaga anak bongsunya itu secara sepenuh masa, menyebabkan keluarga kini hanya bergantung kepada pendapatan suaminya, Muhammad Zamirul Zamri, 33, yang bekerja sebagai juruteknik di sebuah syarikat penapis air dan udara.

"Ujian ini memang berat, lebih-lebih lagi selepas kami sepakat memilih kaedah rawatan paliatif demi memastikan Aafiyah tidak menanggung kesakitan melampau dan dapat menikmati masa berkualiti bersama keluarga.

"Ketiadaan pendapatan tetap daripada saya menyebabkan perbelanjaan membeli beg stoma, susu khusus serta kos ulang-alik ke Hospital Shah Alam dan Hospital Tunku Azizah (HTA) agak mencabar.

"Bantuan daripada Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP ini amat bermakna bagi kami," katanya.

Harian Metro pada 21 Ogos lalu, menyiarkan kisah Aafiyah yang dilahirkan tanpa saluran najis dan salur faraj, selain mengalami duplikasi organ pembiakan iaitu mempunyai dua vagina dan dua rahim.

Keadaan kedua-dua buah pinggangnya hanya berfungsi sekitar 13 peratus, menyebabkannya terpaksa bergantung sepenuhnya kepada beg stoma setiap hari untuk pembuangan najis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35NEWnow16:00
Latest 16:39 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 15:47 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    15:47

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Adik Aafiyah terima bantuan Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.